Apa kes? Apa jadi kepada Ameera khan? Ramai mula tertanya-tanya

2,715 views

Neelofa memang satu nama yang cukup besar dalam industri seni tanah air. Pernah bergelar bintang paling popular pada tahun 2015, nama Neelofa masih relevan sehingga kini, dah tahun 2022.

Sungguhpun diilihat tidak lagi aktif dalam bidang seni terutama bidang lakonan, nama Neelofa seringkali saja tercetus dengan pelbagai isu, memang meriah kalau sebut nama Lofa ni.

Bekas pengacara MeleTop ini juga mempunyai perniagaan yang bernilai dan sungguh hebat. Bermula dengan perniagaan tudung, kini pelbagai rangkaian business yang diceburi Neelofa seperti susu dan juga inai.

Populariti yang diraih ini turut membuatkan orang sekelilingnya mendapat tempiasnya.

Sebut saja nama Noor Kartini, Noor Nabila, dan Ameera Khan, semua nama ini terkenal kerana mempunyai pertalian dengan Neelofa.

Adik Neelofa iaitu Ameera Khan memang antara yang seringkali jadi tumpuan ramai. Mempunyai wajah yang cantik dan manis, adik Neelofa ini turut pandai bergaya dan suka dengan dunia fesyen.

Banyak gambar Ameera Khan yang mendapat pujian ramai. Menggunakan nama Little Miss Khan, Ameera berjaya mendapat pengikut mencecah jutaan orang.

Namun begitu, dalam minggu ini, satu tanda tanya telah timbul dikalangan para peminatnya.

Ini kerana, semua entry dan juga posting di laman Instagram Little Miss Khan dilihat sudah tiada. Ameera Khan sudah padam atau hide semua foto-fotonya.

Ini termasuklah juga picture profile di laman media milik gadis berumur 21 tahun itu, kini hanya terbiar kosong.

Sehingga kini juga, memang Ameera Khan dah tak update lagi sebarang aktiviti termasuklah menerusi Ig story nya.

Ramai yang mahu tahu apa yang berlaku kepada adik Neelofa ini. Adakah sedang putus cinta, sedang patah hati, atau hanya sedang berehat seketika dari perhatian.

Mempunyai sebanyak 1 juta dan 4 ratus ribu pengikut, kehilangan Ameera Khan in sedang tentu cetuskan tanda tanya.

Ini gambar terkini Instagram milik Little Miss Khan ini.

Untuk info semua, Ameera Khan merupakan seorang influencer yang berjaya dan sering saja diangkat menjadi model untuk jenama terkenal seperti Dior, Fendi, Gucci, Burberry dan banyak lagi.

Harapnya Little Miss Khan atau Ameera Khan akan muncul semulalah.