Terkini: Mahkamah buat keputusan untuk batal rayuan pendakwaan Farid Kamil

2,120 views

Menerusi laporan Bernama, pihak Mahkamah Rayuan pada hari ini telah menolak rayuan dari pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.

Rayuan itu berkenaan penggantian hukuman penjara 13 bulan kepada denda RM5000 terhadap Farid Kamil di atas perbuatannya terhadap seorang anggota polis.

Pendakwaan telah fail rayuan untuk kembalikan hukuman penjara yang dijatuhkan kepada Farid Kamil oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

Timbalan Pendakwa juga ada memohon agar Mahkamah Rayuan membenarkan permohonannya untuk lanjutan masa bagi membolehkan beliau membetulkan notis rayuan.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh Hakim Datuk Hanipah Farikullah yang telah bersidang dengan Hakim Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin dan Datuk M.Gunalan kemudian telah bertindak menolak rayuan berkenaan.

Sebelum itu, peguam Farid Kamil ada membuat satu bantahan terhadap permohonan pihak pendakwaan itu kerana ada kesilapan di notis rayuan.

Peguam Farid Kamil menggesa mahkamah membatalkan rayuan pihak pendakwaan kerana rayuan di mahkamah itu satu tindakan tak wajar.

Dengan keputusan itu, bayaran denda sebanyak RM5000 yang dikenakan kepada Farid Kamil dikekalkan.

Selain itu, Farid Kamil juga dikenakan denda sebanyak RM500 kerana mengeluarkan kata yang tak sopan kepada anggota polis yang sama.

Oleh itu kini disahkan, bahawa Farid Kamil tidak akan dikenakan hukuman penjara. Hanya perlu membayar denda saja.

Diimbas kembali, kes ini berlaku pad atahun 2018, yang mana gempra juga apabila Farid Kamil ditahan pihak berkuasa.

Farid Kamil kemudian bertindak kasar dengan seorang anggota polis bernama Konstabel Muhammad Nizam Jamaluddin.

Ekoran kerana kejadian ini juga, Farid Kamil yang sebelum ini mempunyai title atau anugerah pangkat Datuk, telah ditarik semula oleh pihak istana Pahang pada tahun 2021.

Farid Kamil, 41 tahun, kini bahagia bersama isterinya iaitu pelakon Diana Danielle disamping dua cahaya mata yang cantik dan handsome iaitu Chemad dan Aurora.