“Apa motif Iqbal?” Wafariena tak suka dikaitkan dengan Ahmad Iqbal

1,030 views

Ahli perniagaan Ahmad Iqbal Zulkefli sekali lagi jadi tajuk utama portal hiburan atanah air apabila akui tertarik hati dengan pelakon Wafariena. 

Mereka berdua telah bertemu dan bekerja bersama apabila berlakon bersama-sama baru-baru ini. 

Iqbal secara terbuka akui suka juga dengan Wafariena, dan kini giliran pelakon wanita ini pula memberi komen. 

Wafariena berkata dia sebenarnya kurang senang dan tak selesa dikaitkan dengan Ahmad Iqbal terutama bab cinta. 

Jelasnya, pada mula dia hanya ingat semuanya gurauan semata, namun kini ramai anggap ianya serius pula, makanya Wafariena terpaksa buka mulut, dan bercerita dari pihak dirinya.   

“Secara jujur saya tak ambil pusing sangat sebab menyangkakan hal ini satu usikan saja kerana kami kan kerja dan berlakon sama, tetapi setelah cerita ini mula naik di beberapa pihak media, portal dan blog, saya kena bersuara juga.”  

Pelakon berumur 27 tahun dengan tegas menafikan ada hubungan dengan Iqbal dan tertanya mengapa jejaka berkenaan buat sedemikan rupa. 

“Saya sebenarnya tertanya-tanya apa agaknya motif dia berbuat demikian memandangkan sepanjang empat hari di lokasi penggambaran, komunikasi kami macam berdua ni hanya macam biasa, begitu juga dengan pelakon lain termasuk pelakon lelaki lain seperti Nami dan juga Along Cham.” 

Wafariena jelas tak mahu memperlihatkan dia ni ke set penggambaran untuk cari jejaka atau nak jadi tumpuan media.  

“Memang tak seronok apabila saya dengar hal macam ini kerana saya kerja nak cari rezeki.” 

“Nanti disangka saya masuk set hanya nak tarik perhatian lelaki atau pun nak menjaja cerita kosong semata-mata mahu perhatian umum.”  

Itulah komen dari Wafariena sendiri tentang isu tentang dirinya yang dikaitkan dengan ahli perniagaan yang kini sudah bergelar selebriti iaitu Ahmad Iqbal.