Baby yang baru lahir ni masih lagi fragile, terutama bab imuniti nya, oleh itu sudah tentu memerlukan pengawasan yang amat rapi.
Setiap ibu bapa ada cara mereka yang tersendiri dalam menjaga baby mereka, ada yang tak terlalu strict namun ada juga yang mengambil hal ini sebagai hal yang amat dipentingkan.
Ada yang memberi kebenaran menyentuh anaknya seperti memeluk dan memberi kucupan, akan tetapi ada juga yang melarangnya.
Berkaitan hal memberi kucupan kepada baby ini, selebriti terkenal tanah air, iaitu Neelofa dan suami PU Riz juga ada cara mereka yang tersendiri.
Neelofa menyatakan bahawa adalah lebih baik jika orang ramai teruta,ma ornag luar agar tidak sewenangnya memberi kucupan kepada baby orang lain, tanpa kebenaran.
Hal ini untuk mengelakkan sebarang jangkitan kuman yang boleh tersebar melalui kucupan kepada baby.
Ini komen Neelofa menerusi satu perkongsian di laman Instagram miliknya semalam.
“Janganlah memberi ciuman kepada baby orang lain. Ciumlah anak sendiri, boleh saja.”
“Jangan pun ada yang terasa sebab ini semua demi kesihatan si kecil juga.”
Kemudian Neelofa ada menyatakan dia pun ada rasa gusar kalau ada orang yang memegang atau menyentuh anaknya, Bilal.
Dan sekiranya ada memberi ciuman tanpa kebenarannya mungkin dia akan menjerit.
“Kadang kala apabila tengok orang luar ada memegang pipi anak sendiri pun, saya da rasa tak boleh nak bernafas dah.”
“Apatah lagi jikalau ada yang mencium Bilal. Ummi dia ni akan menjerit tak berlagu.”
Itulah pendirian dari Neelofa. Namun hal ini memang patut diamalkan oleh semua orang.
Memang ada banyak kes yang mana baby akan menerima jangkitan kuman setelah dicium oleh orang yang datang melawatnya.
Bukannya, tak bagi sentuh atau kucup baby tu, tetapi ini untuk menjaga kesihatan baby iu sendiri, jadi memang betullah pandangan dari Neelofa ini.