Tamatlah sudah rancangan the masked singer edisi Malaysia untuk musim pertama ini. Semalam telah berlangsung pentas akhir rancangan reality tv ini.
Seramai 5 orang finalis telah beraksi dan akhirnya terjawab sudah segala teka teki indentiti siapakah selebriti disebalik mascot atau topeng yang dipakai.
Juara musim pertama ini milik Aina Abdul yang mengenakan topeng bunga raya.
Ramai yang tak sangka Aina Abdul adalah individu di dalam bunga raya kerana wataknya yang amat enegetik dan cheeky itu berbeza dengan Aina Abdul di dunia reality. Kat luar Aina dilihat lebih pemalu orangnya.
Selain itu, antara selebriti yang tak disangka-sangka akan sertai rancangan ini ialah penyanyi terkenal Datin Alyah. Alyah adalah selebriti disebalik topeng wau bulan.
Alyah mendapat tempat keempat di pertandingan ini. Memang para juri ada meneka Alyah adalah orang di dalam topeng, tapi tak sangka, Alyah akan sertai rancangan tersebut.
Semasa ditanya oleh Dato Ac Mizal, bahawa suaminya Dato Ramli MS tak marahke masuk rancangan ni. Alyah menjawab sebenarnya suaminya tu tak tahu pun.
Ac Mizal: “Oh my god, Dato Ramli Ms tak marah kamu ke?” Kemudian Datin Alyah menjawab “Tok Ram tak tahu saya masuk”.
Ianya disambut dengan gelak tawa dari para juri lain. Ac Mizal kemudian berlawak “Oh pakai topeng sampai ke rumah”.
Kemudian Nabila Huda juga turut bertanya: “I have a question, macam mana perasaan you, I tak pernah terpikir you akan masuk the masked singer”
Alyah kemudian menjawab secara jujur: “I pun sebenarnya tak pernah terfikir I akan ada kat sini”
Ac Mizal kemudian tanya lagi, apa perasaan bila semua juri ada yang teka salah. “Bila dorang teka salah, I rasa macam kesian dorang” Itu jawapan dari Alyah.
Alyah berkata ramai juri mula dapat teka dirinya adalah Alyah kerana dia tak mampu nak menipu dirinya sendiri.
Apapun memang sempoi dan sporting habis Datin Alyah pada malam itu. Ramai yang terhibur dengannya.
Di laman media sosial ini pula pendedahan dan pengalaman dari Alyah, jom baca.
“Saya tidak dibenarnya bgtau sesiapa pon, dahlah ada yang paksa mengaku, adui. Walau pertandingan suka-suka, saya tetap ikut rules, mulut kena tutup”.
“Tiada siapa dibenarkan ikut saya untuk ke sesi rakaman ini, tiada PA, tiada manager, tiada maid, semua pun taka da iut saya. Rasa seperti mula-mula jadi artis dulu, semua sorang diri”.
“Di minggu pertama memang kekok skit, orng lain bawa satu beg plastik je tapi saya datang, bawa 1 beg travel gitu, dah nama pon Alyah kan. Kemudian duduk dalam bilik sorang diri, hiburkanlah hati sesorang”.