“Aku cabar kau, nak play victim, silap orang” Awal Ashaari naik angin

2,114 views

Kisah tentang Awal Ashaari dengan sebuah syarikah perabot nampaknya semakin melarat. Awal Ashaari kini dah naik angin dan memberi warning kepada syarikat berkenaan.

Sebelum ini Awal Ashaari ada muatnaik rasa tak puas hati dengan syarikat itu kerana tak siapkan kerja yang telahpun dibayar. Malah apabila call, Awal mengatakan mereka tak jawab panggilan.

Syarikat berkenaan kemudian ada mengatakan Awal Ashaari telah cuba menjatuhkan reputasi mereka dengan dakwaan tersebut.

Menerusi satu entry di laman media IG miliknya, Awal Ashaari kembali memberi respon balas, dan akhirnya menulis satu kenyataan khas kepada individu berkenaan. Jom baca karangan dari Awal Ashaari.

“Ini adalah satu amaran yang terakhir untuk kamu call saya atau pun bercakap dengan lawyer saya tentang isu ini”.

“Aku tidak akan teragak untuk siar wajah kalian berdua di laman IGi ni, jika masih lagi still tidak menerima sebarang kerjasama dari kalian”.

“Engkau kata tidak jawab pertanyaan media pada 3 minggu lalu kerana konon tak ada persediaan secara proffesional dan takut buat kenyataan salah’.

“Habis yang engkau tak jawab pertanyaan aku ni, client yang dah bayar selama berbulan bulan ni, kau nak sedia secara proffesional juga ke”.

“Nak berbisnes kena ada adap ada etika. Aku bukan mintak engkau sponsor pun. Aku dah setuju bayar harga penuh pun, satu sen pun aku tak ada nak minta discount kerana aku ni sebenarnya nak tolong bisnes orang melayu lah”.

“Alih-alih, orang melayu jugak yang buat naya kepada orang melayu. Jadi sudahlah jangan nak pusing meja konon aku yang buat naya kat engkau tu”.

“Hal ini tak akan berlaku kalau engkau tak cancel meeting jumpa lawyaer dulu. Kalau engkau jawab panggilan telefon aku, benda macam ni tak jadi. Sila hentikan drama ni semua sebab aku ada semua bukti untuk jatuhkan engkau ke bawah”.

Kita tunggulah apa pula yang akan berlaku selepas ini. Apa jawapan dari syarikat perabot berkenaan.