Arkitek saman Datuk Chef Wan, ini kronologi penuh kes

2,079 views

Melalui laporan Malaysiakini, chef terkenal tanah air, Datuk Chef Wan telah berdepan dengan satu saman dari seorang architect landscape.

Architect bernama Siti Sarah Khairul Aziz telah kemukan satu saman kepada chef selebriti berkenaan berkaitan dengan kerja renovate yang dilakukan di rumah Datuk Chef Wan.

Ini semua gara-gara Chef Wan ada muatnaik video yang mendakwa hasil kerjanya tidak bagus.

Jelas Siti Sarah, tindakan saman dibuat kerana Chef Wan mendakwanya buat kerja tidak dan mahu menuntut semula wang, walhal jelasnya di awal, chef terkemuka itu dah bersetuju dengan kerja-kerja yang dibuat.

Dari tuntutan, Chef Wan dituntut buat permohonan maaf secara bertulis dan secara terbuka melalui laman sosial Instgram dan juga diminta untuk tarik balik dan delete semua posting melibatkan plantif, Siti Sarah.

Selain itu, Datuk Chef Wan juga hendaklag siarkan permohonan maaf dengan gunakan satu muka surat penuh di dalam siaran akbar tempatan, bayar ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi punitif, kos guaman dan kos-kos tuntutan.

Melalui laporan lagi, Siti Sarah menceritakan bahawa pada awal bulan April 2022, dia dilantik menyiapkan kerja-kerja lanskap di kawasan rumah Datuk Chef Wan dan bayaran awal telah diterima.

“Sebaik saja selesai semua kerja-kerja, awalnya Chef Wan kata dia berpuas hati dengan hasilnya dan tak ada pun sebarang aduan masa itu.”

“Namun beberapa hari kemudian, Datuk Chef Wan mula muatnaik di Instagram dan menyatakan bahawa kami telah menipunya dan mahu tuntut wangnya kembali.”

Chef Wan melalui IG miliknya, sekitar bulan Mei, ada menunjukkan beberapa video keadaan landscape rumahnya yang tidak menepati citarasanya selain merasakan telah tertipu. Chef Wan juga ada melabel Siti Sarah sebagai gagal.

Tarikh sebutan kes tuntutan architect landscape ini iaitu Siti Sarah kepada Datuk Chef Wan telah ditetapkan pada 28 Julai di Mahkamah Tinggi Shah Alam.