Amy, Alex mengaku tak bersalah, ikat jamin RM20ribu seorang, tangan Amy jadi tumpuan

10,891 views

Wanita yang membuat persembahan komedi di sebuah kelab telah membuat pengakuan tak bersalah atas tuduhan membuat onar serta menjadi punca suasana tak harmoni melibatkan agama.

Tertuduh bernama Amy atau Siti Nuramira Abdullah, mengaku tak bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan di depan Hakim Siti Aminah Ghazali di Mahkamah Sesyen Siber Kuala Lumpur.

Dari pendakwaan, Amy ada buat onar setelah mengaku muslim serta menghafal 15 juzuk tetapi bertindak membuka tudung serta menanggalkan baju kurung semasa di atas pentas.

Ianya dibuat di Comedy Club di Taman Tun Dr Ismail, pada bulan Jun yang lalu.

Untuk kes ini, Ia memperuntukkan hukuman ke tirai besai tidak kurang dua tahun dan tak melebihi dari lima tahun.

Timbalan Pendakwa Raya tidak menawarkan sebarang jaminan disebakan kesalahan itu tidak boleh dijamin.

Namun jika mahkamah mahu menawarkan jaminan, pihak pendakwaan memberi cadangan jaminan RM50ribu dengan syarat tambahan.

“Syarat termasuk melapor diri di balai polis, pasport diserahkan kepada mahkamah dan tertuduh dilarang buat sebarang statement di laman media sepanjang prosiding kes ini berlangsung.”

Peguam Siti Nuramira meminta pihak mahkamah beri ikat jamin sebab Amy telah memberikan kerjasama yang baik kepada pihak polis sepanjang siasatan.

Akhirnya mahkamah benarkan ikat jamin sebanyak RM20ribu dengan syarat yang disebut sebelum ini.

Yang jadi perhatian ialah adanya tulisan bertat00 di tangannya yang buat ramai memberi komen.

Sementara itu, teman lelaki Amy turut dituduh di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan memuat naik hantaran jelik.

Alexander Navin, 38 tahun, mengaku tak bersalah dengan dua pertuduhan, yang dibacakan di depan Hakim Azrul Darus.

Dia telah memuat naik posting yang membuat ramai terguris hati di akaun Twitter, Instagram serta Youtube.

Jika disabitkan kesalahan, dia boleh didenda tak melebihi RM50ribu atau penjara tak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Hakim mengenakan jaminan sebanyak RM10ribu bagi setiap pertuduhan dan telah menetapkan tarikh  1 September sebagai tarikh sebutan semula kes.

Itulah perkembangan kes Amy dan juga Alex.