Kini pelakon Fasha Sandha sedang bahagia dengan suami tercinta pelakon Aidil Aziz.
Namun sebelum itu, Fasha Sandha ada berkahwin dan mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram yang lebih dikenali dengan nama Jejai.
Walau dah berpisah, ramai yang melihat mereka berdua ini seringkali hadir di majlis bersama-sama, terutama majlis melibatkan anak mereka.
Melalui satu sesi soal jawab dengan peminatnya, ada peminat bertanya tentang keadaan hubungan antara Fasha Sandha dan juga Jejai.
“Saya suka sangat tengok kak Fasha dan bekas suami, Jejai, nampak baik dan tak ada sengketa. Ada tips tak untuk mereka yang lain.” Itu pertanyaan dari seorang peminatnya
Fasha Sandha akhirnya tampil memberi komen dan menjawab pertanyaan berkenaan.
Jelasnya, sebenarnya mula-mula dulu, memang ada juga sengketa antara mereka berdua, akan tetapi semakin meningkat usia, hubungan bertambah baik.
“Sejujurnya saya cakap, masa mula-mula dulu memang ada juga salah faham, namun begitu, apabila sudah menghampiri umur yang meningkat ini, kami pun sama-sama berbaik untuk anak-anak kami.”
“Ini memang penting agar anak-anak semua nampak yang kami semua ni berbaik dan dalam keadaan yang harmoni.”
Bagi Fasha, mengenali Jejai, dia akui bekas suaminya itu memang seorang ayah yang baik.
“Rizal merupakan seorang ayah yang baik, dan juga salah seorang lelaki yang baik yang pernah saya temui. Dia mungkin terkenal dengan pelbagai isu yang melanda, tetapi sejujurnya dia ni memang baik.”
“Tentang tips tu, saya tak ada apa tips nak beri pun, sebabnya saya ni bukannya pakar motivasi.”
Itulah jawapan dari Fasha Sandha apabila ditanya tentang Jejai.
Fasha Sandha dan Rizal Ashram Ramli atau Jejai disatukan pada tahun 2012 namun hanya bertahan selama empat tahun sebelum berpisah pada tahun 2016, dan hasil perkahwinan mereka ada dua orang cahaya mata.