Bukan saja-saja, Noh meludah bersebab, ini penjelasannya

1,237 views

Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh menjadi bahan sebutan orang ramai setelah ada video memperlihatkan aksinya yang telah meludah ketika membuat persembahan di konsert baru-baru ini. 

Kejadian berlaku ketika Noh beraksi di konsert Hausboom Music 2022.  

Dari video dikatakan Noh telah meludah dan nampak ianya ke arah peminat yang berada di bawah yang sedang menonton. 

Ini membuatkan ramai menganggap tindakan itu sebagai pengotor dan tidak beradab. 

Kerana hal ini menjadi tular, manager yang menguruskan Noh, iaitu Ahmad Ariffin tampil memberi penjelasan. 

Jelas manager, Noh buat sedemikian ada sebabnya dan bukannya saja-saja. 

Punca dia berbuat sedemikian ialah kerana Noh terkena renjatan elektrik semasa menyanyi, mungkin kerana mengalirnya air peluh dan terkena microphone semasa menyanyi.  

“Noh rasa macam terkena renjatan elektrik semasa dia letak mic di mulutnya. Nak kurangkan rasa kena renjat da sakit tu, dia terus meludah secara spontan.”  

Jelasnya lagi, ludahan berkenaan tidak terkena kepada penonton, kerana ada jarah dan mereka dipisahkan. 

“Dakwaan bahawa Noh meludah ke bahagian penonton juga merupakan tuduhan yang tak benar sama sekali. Ada jarak penonton dengan penyanyi, malahan pentas juga dipisahkan oleh besi penghadang. Jadi tidak mungkin boleh terkena kat penonton.” 

Namun begitu, manager Noh juga terus saja membuat permohonan maaf tentang hal itu, apatah lagi jika benar ada yang terkena tempias ludahan berkenaan. 

“Kalau ada yang terkena tu, pihak kami nak minta maaf, dan hal ini bukannya disengajakan. Kami juga nak ucap terima kasih sebab semua prihatin dengan Noh. Sama-sama terus doakan buat Noh.” 

Itulah penjelasan dari manager tentang kes melibatkan Noh baru-baru ini, harapnya semua dah terjawab dan faham keadaan yang berlaku.