Atikah Suhaime sedih body macam ikan paus, manager dedah puncanya

4,107 views

Atikah Suhaime nampaknya dah luah perasaannya di IG. Kalau tengok, nampak macam happy saja, tetapi ternyata ada kisah disebaliknya.

Pelakon ini dilihat sering bercuti di IG, dan ada mula bertanya dia dah tak ada job ke, namun sebenarnya, Atikah akui telah tolak tawaran kerja sebab tak ada rasa keyakinan diri.

Kata Atikah, dia kini dalam fasa sedih kerana badannya yang dilabel sebagai whale atau ikan paus, dan tak kelihatan menarik di dalam televisyen.

Saya sedih sangat sebab badan dah naik. Tak pernah macam ini sebelum ni. Oleh itu, saya selalu tolak tawaran berlakon sebab merasakan kelihatan badan amat besar bagai ikan paus kat televisyen sekarang”.

Atikah Suhaime juga akui dia sebenarnya hanya memaparkan bahagian happy sahaja di laman IG miliknya, dan ini caranya untuk ubat rasa sedih apatah lagi dah tak balik ke Singapore selama 5 bulan.

Saya harap korang faham, sangat amat sayu sebab tidak dapat pulang Singapura, rezeki saya ada kat sini, Malaysia. Tetapi sudah tentu saya tak akan tunjuk part sedih tu di IG”.

Gambar happy yang saya upload bukan nak show off tetapi itu cara saya untuk ubati kesedihan. Bila sedih saya akan tengok post saya dan akan yakinkan diri bahawa saya sedang happy”.

Berdasarkan satu kenyataan dari manager Atikah Suhaime iaitu Diena, dikhabarkan Atikah mula naik berat badannya sejak PKP yang mana dia sering memasak.

Oleh kerana dia tak dapat pulang ke kampung halaman Singapura, dan tak dapat nikmati juada dari ibunya, Atikah mula memasak.

Ini kenyataan dari manager Atikah: “Atikah always ends up cooking her favorite meals, dan akhirnya ini menyebabkan dia naik sikit berat badannya”.

Berkenaan pertanyaan bila nak kahwin dengan Datuk Lokman Teh yang selalu ada disisinya berdasarkan laman IG, Atikah menjelaskan dia tak boleh kahwin sebab ibu bapa di negara jiran.

One more, please hentikan pertanyaan bila saya akan berkahwin, sebabnya ibu bapa saya ada di Singapura, jadi macam mana saya nak kahwin”.