Tahniah diucapkan kepada Yana Samsudin yang kini disahkan telah selamat melahirkan anak keduanya, seorang bayi perempuan.
Suaminya Fadzil Zahari mengesahkan hal ini mengatakan isterinya itu bersalin pada pagi hari Sabtu yang lepas di KPJ Specialist Hospital, Batu Pahat, Johor.
Menerusi satu kenyataan, ketika ini keadaan Yana Samsudin dan baby girl itu dalam keadaan amat baik dan stabil.
“Syukur alhamdulillah. Sebenarnya saya tak kisah jantina baby kedua kami ini samada girl atau pun boy. Apa yang paling penting ialah ibu dan bayi dalam keadaan sihat. Thanks semua yang sudi mendoakan urusan kami dipermudahkan. Hanya Allah saja yang dapat balas jasa kalian semua”.
Fadzil Zahari telah muatnaik gambar mereka sekeluarga ketika di dalam wad di hospital berkenaan semalam.
Dapat dilihat banyak komen ucapan tahniah yang ditulis oleh orang ramai termasuklah rakan-rakan artis seperti Angah, Black, Pu Amin, Fedtri Yahya, Tomok, Anita Bahrum, Ezlyn dan ramai lagi.
Yana Samsudin turut muatnaik dua keping gambar ketika berada di hospital dan mengumumkan selepas bersalinm dia akan jalani pantang dan akan bercuti selama dua bulan dari kerjayanya.
“Syukur sangat dah selamat melahirkan baby gaming. It’s a girl. Nak ucapkan terima kasih kat semua yang sudi doakan Yana dan baby ini”.
“Segala urusan nampanya semuanya dipermudahkan. Yana seakrang akan bercuti lebih kurang dua bulan dari game streaming dan suami saya akan teruskan stream. Harap semua akan sokong dia, dia pun kelakar orangnya”.
Kepada yang tak tahu, Yana Samsudin antara artis yang menceburi bidang stream game di laman Facebook dan agak terkenal serta berjaya juga.
Pasangan Yana Samsudin yang terkenal menerusi filem Adnan Sempit dan Fadzil Zahari yang merupakan adik Farid Kamil ini berkahwin pada Februari 2015. Mereka ada seorang anak lelaki, anak sulung mereka kini berumur 4 tahun bernama Aisy Mateen.