Ayda Jebat dipersoal makan durian ketika hamil

2,280 views

Musim durian menjelma kembali. Walaupun ketika perintah kawalan pergerakkan yang sedang berlangsung, penjualan buah durian semakin rancak.

Kalau ditepi jalan sudah ramai yang mula menjual di khemah-khemah. Ada yang murah dan ada yang premium seperti Musang King, Udang Merah dan banyak lagi nama.

Antara yang dilihat muatnaik video makan durian ialah penyanyi dan pelakon Ayda Jebat.

Menerusi satu video, Ayda Jebat dan suaminya Nabil Mahir dilihat sedang menikmati raja buah ini.

Di ruangan caption, Ayda Jebat menulis dan bertanya kepada para followernya sama ada mereka suka makan begitu sahaja atau pun makan dengan nasi.

Korang suka makan durian plus nasi atau hanya buah durian saja. Ataupun korang ada tambah bahan lain.

Ayda menerima buah durian Musang King itu dari sebuah penjual bernama Dooran Dooran. Durian yang fresh dari ladang katanya.

Namun begitu ada yang bertanya kepada Ayda Jebat boleh kah ibu mengandung untuk menjamah durian.

Ayda berkata dia sudah mendapatkan nasihat doktor, yang mana dinasihatkan ibu sedang mengandung hanya boleh makan dua ulas saja.

Doktor saya pesan dua ulas durian saja maksimum. Kepada wanita yang sedang hamil tu, silalah dapatkan nasihat doktor sebelum makan durian ni. Janganlah nak pulun sakan.

Ada cakap-cakap orang dulu yang mengatakan tak elok untuk makan durian ketika hamil kerana boleh mengakibatkan ada kesan sampingan kepada ibu dan juga baby dalam kandungan.

Namun begitu sebenarnya belum ada kajian secara spesifik tentang kesan makan durian ketika hamil.

Apapun, memang diketahui durian ini mempunyai lemak, kalori, potassium dan kandungan gula yang agak tinggi, jadi disarankan tidak makan keterlaluan. Oleh itu sekirannya ibu yang sudah ada risiko seperti darah tinggi dan kencing manis disarankan tak makan durian.