Sekarang ni tengah viral satu video seorang remaja yang menggunakan bantal Mickey Mouse meminta orang yang menonton videonya itu untuk pergi tidur.
Video itu dibuat oleh seorang remaja bernama Hafiy yang baru berumur 17 tahun. Dengan gaya yang agak manja dan gedik, video ini membuatkan ramai yang rasa nak muntah.
Namun begitu, video ini ternyata menarik ramai orang yang mengenali dirinya.
“Ada yang mesej di Instagram nak berkenalan. Hafiy tak kisah pun. Dorang kata Hafiy ni comel dan mina tak kenal lebih lanjut, tu je.”
Menjelaskan tentang video itu, Hafiy berkata target pada mula untuk negara jira, tetapi akhirnya viral di Malaysia.
“Sebenarnya saya buat video itu bukan untuk orang Indonesia sebab banyak follower saya dari negara jiran. Tapia da satu video saya itu viral di Malaysia dan jadi buah mulut, ramai yang bercakap tentangnya.”
“Saya tak kisah apa orang nak cakap tentang video saya itu sebab saya buat tu hanyalah untuk content semata. Memang diakui saya ni seorang yang soft spoken. Kawan-kawan saya tahu saya macam mana.”
Tentang respon netizen yang meluat dan rasa geram tengok video tu, ini respon Hafiy.
“Ada netizen yang kata geli dan rasa loya nak muntah tengok video itu, saya tak salahkan mereka. Saya okey saja.”
“Tapi lepas ni, saya tal buat lagi dah kot video macam tu. Saya dah nak SPM, nak fokus pada pelajaran.”
Ditanya tentang mana dapat idea seperti itu terutama bantal Mickey Mouse yang digunakan, kata Hafiy ianya idea spontan.
“Idea bantal tu datang selamba je, Hafiy buat video tu macam cakap dengan orang betul Mula-mula buat macam dengan budak-budak. Emosi nak marah dalam keadaan manja.”
Baru berumur 17 tahun, Hafiy kini mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang pendidik.
“Setakat ni cita-cita Hafiy nak jadi cikgu. Lebih kepada cikgu pendidikan khas. Mungkin kanak-kanak istimewa lebih terima Hafiy yang berperangai kebudak-budakkan sikit.”
Mempunyai ramai follower, realitinya, Hafiy sebenarnya akui dia mempunyai ramai kawan perempuan berbanding lelaki.
“Buat masa sekarang Hafiy memang ramai kawan perempuan. Yang kawan lelaki ni ada yang iri hati. Ramai kata cringe. Memang video tu cringe tapi it content saja.”
Ini videonya:
Hafiy Yemok di tembubual oleh portal Mstar setelah videonya menjadi tular kat Malaysia.