Lama tak dengar tentang kisah pelakon jelita Anzalna Nasir. Pada tahun 2021, ada beberapa cerita tentang pelakon ini, antaranya dia sudah berhijrah dan kini memakai tudung.
Keduanya, Anzalna terpilih sebagai wajah untuk jenama tudung milik arwah SIti Sarah iaitu Loveta.
Pelakon yang kini berumur 34 tahun ini sebenarnya ada menyimpan satu kisah yang ramai tak tahu.
Rupa-rupanya pada tahun 2021 dan 2022 ini, merupakan tahun yang amat istimewa buat Anzalna dan family.
Anzalna Nasir mengesahkan sebenarnya kini dirinya sedang berbadan dua, sedang hamil anak keduanya.
Satu pengumuman dibuat oleh Anzalna menerusi posting di laman media Instagram miliknya, pada hari pertama berpuasa ini.
Jelas Anzalna lagi, usia kandungannya dah pun masih ke third trimester, dah 8 bulan dah. Jadi lebih kurang sebulan lagi saja, Anzalna akan melahirkan anak keduanya.
Ini caption dari Anzalna tentang berita gembira ini.
“Salam Ramadan buat semua. Syukur, alhamdulillah, saya telah diberi peluang untuk bertemu lagi dengan bulan yang mulia ini, bulan penuh keberkatan, keampunan dan penuh dengan rahmat daripada Illahi.”
“Alhamdulillah, ada sesuatu yang ingin diberitahu. Syukur juga, Eidrees bakal dapat adik hari raya nanti. Another hari raya aidilfitri baby. Insyaallah.”
“Untuk itu, saya harapkan semua dapat berdoa agar urusan saya akan dipermudahkan. Doakan juga akmi akan diberi kesihatan yang baik. 8 months pregnant.”
Ini video penuh ucapan dari Anzalna.
Anzalna telah berkahwin dengan Hanis Zaki pada tahun 2016. Pada tahun 2019, ketika hari raya, Anzalna telah selamat menimang cahaya mata pertama mereka di Hospital Gleneagles. Anak sulung itu merupakan seorang anak lelaki yang diberi nama Mohamad Eidrees.
Tahniah diucapkan kepada Anzalna dan suaminya, semoga semua akan selamat dan semua berjalan dengan lancar.