Datuk Syafinaz dah survey rumah orang tua

152 views

Datuk Syafinaz kini menyambut hari kelahirannya yang ke 52 tahun pada 11 Januari 2025. 

Penyanyi, cikgu vokal dan juga juri rancangan Gegar Vaganza ini sehingga kini masih lagi single dan tidak berkahwin. 

Memikirkan keadaan yang masih lagi solo dalam usia 50 tahun lebih, Syafinaz yang mesra disapa Tok Naz, sudah pun membayangkan dirinya tinggal di rumah orang tua di usia emas kelak. 

Malah, Syafinaz akui dia pun dah pernah melihat lihat atau survey rumah orang tua, untuknya menetap apabila sudah mencecah umur warga emas nanti. 

“Saya dah terfikir, malah dah pun buat survey rumah orang tua yang mungkin saya boleh masuk satu hari nanti.”  

“Sebabnya rumah orang tua zaman sekarang memang best. Bukan macam kita tengok rumah orang tua zaman dulu-dulu.”  

“Ada kemungkinan saya akan masuk rumah orang tua satu hari nanti.” 

TAK ADA JODOH 

Disoal bab jodoh yang boleh menjadi temannya di usia tua nanti, Syafinaz berkata dia pernah terima nasihat dari biduanita negara agar tak perlulah berkahwin. 

Perkahwinan mungkin boleh membuatnya pening kepala.  

“Ramai asyik tanya soal jodoh sejak hari pertama saya bergelar penyanyi sampai hari ini.”  

“Ada satu kisah yang saya tak pernah ceritakan kepada sesiapa pun. Dulu allahyarham Datuk Sharifah Aini pernah beritahu saya, tak payahlah berkahwin.”  

“Katanya, kalau saya ada niat nak berkahwin, saya patut berkahwin dengan seseorang dari negara Barat, kalau tak, tak payahlah kahwin katanya.”  

Syafinaz bagaimanapun tak ada ambil ungkapan dari biduanita itu sebagai sesuatu yang serius sebab jodoh merupakan ketentuan Illahi.  

“Jodoh ni di tangan tuhan. Kalau Dia kata tak ada, maka tiada namun kalau Dia kata ada, saya terima sajalah.”  

“Buat masa ini, berkahwin bukan keutamaan dalam hidup saya. Kalau ada lelaki yang sesuai dan senang mata memandang, saya okey, dan tak ada sebarang masalah.” 

“Yang penting dia kena faham saya dan tak meletakkan limitasi tentang apa yang saya mahu buat dalam hidup.”  

RAHSIA MAINTAIN CANTIK 

Ditanya tentang kecantikkan yang dimilikinya, Syafinaz berkata ianya merangkumi pelbagai aspek yang perlu dititik beratkan.  

“Penjagaan tubuh dan mental amat penting. Tak mungkin dengan hanya fikir nak sentiasa nampak muda anda akan jadi muda, perlu juga ada tindakan.”  

“Pemakanan yang seimbang begitu penting. Fikiran kena positif. Kalau nak kekal kelihatan muda, minda dan hati juga kena selalu muda. Kenalah jalani hidup dengan gembira.” 

“Kini saya lebih makan protein sebab sekarang saya amalkan senaman angkat berat.”  

“Usia saya ni, kekuatan otot sangat penting. Orang selalu fikir nak kurus, nak cantik dan muda. Namun bagi saya semua itu jatuh nombor dua. Yang utama sekali ialah kesihatan.”  

“Kalau badan sihat dan kuat, lebih senang nak kerja, tak perlulah nanti apabila sudah tua nak kena ada orang tolong nak angkat beg.” 

Itulah komen dari Datuk Syafinaz.