Fasha Sandha terharu, anak Nora Danish sentiasa anggap dirinya ibu tiri - News Tel

Fasha Sandha terharu, anak Nora Danish sentiasa anggap dirinya ibu tiri

338 views

Fasha Sandha dan Nora Danish mempunyai hubungan yang amat istimewa. 

Kedu dua pelakon terkenal ini mempunyai persamaan iaitu pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram atau lebih dieknali dengan nama Jejai. 

Fasha dan Nora juga mempunyai anak hasil perkongsian hidup bersama Jejai. 

Sungguhpun perkahwinan kedua dua mereka dengan Jejai tidak kekal, namun sehingga kini, hubungan mereka amat baik. 

Dalam satu kenyataan, Fasha Sandha juga amat tersentuh hati apabila anak Nora Danish bersama Jejai iaiatu Rayqal, tetap menganggap Fasha sebagai ibu tirinya. 

Jelas Fasha, hal ini diketahui apabila Rayqal sendiri memberitahu kepada adik beradiknya Rayfal dan Jemyma, anak Fasha dan Jejai.  

“Nora ialah ibu kepada Rayqal dan merupakan abang sulung kepada anak-anak saya iaitu Rayfal dan Jemyma.”   

“Memang seronok apabila masing-masing teruskan kehidupan dengan begitu harmoni.” 

“Saya juga amat tersentuh serta terharu apabila anak saya cakap yang Rayqal masih anggao saya sebagai ibu tirinya biarpun saya dah tak ada lagi ikatan dengan Rizal (Jejai).”  

“Kata Rayqal kepada Rayfal dan Jemyma, your mother (Fasha) will always be my step mother forever.” 

 Sungguhpun berlainan ibu, Fasha memang bersyukur hubungan adik beradik kandung ini terus kuat dan sayang menyanayi antara satu sama lain. 

“Tak ada apa yang lebih diinginkan seorang ibu melainkan nak tengok anak-anak saling menyayangi di antara satu sama yang lain.”  

“Saya bersyukur sebab hubungan family ini masih berterusan walau saya dah berkahwin lain.”  

“Hubungan anak-anak memang kita tak boleh putuskan sebab darah yang  mengalir di dalam tubuh mereka adalah darah sama.”  

“Anak-anak pun happy dan mahu melihat kami semua hidup harmoni.”  

“Ini penting demi kesihatan mental, anak-anak akan rasa lebih dihargai dan mendapat kasih sayang yang secukupnya.”  

HUBUNGAN FASHA SANDHA DAN NORA DANISH

Dalam pada itu, hubungan Fasha dan Nora juga amat baik. 

Apatah lagi kini mereka berdua merupakan duta dan muka depan untuk Inayah Beauty.  

“Memang saya dan Nora lebih kerap berjumpa sekarang. Dia pun sudah anggap saya macam saudaranya.”  

“Kalau jumpa saja kami mesti nak duduk dekat dan berbual tentang macam-macam benda.” 

Memang patut dijadikan teladan hubungan Fasha Sandha dan Nora Danish ini. 

Latest from Hiburan


Jangan takut dengan Liza Aziz – Datuk Syafinaz

341 views

Jangan takut dengan Liza Aziz, itulah ungkapan dan kata-kata dari juri Gegar Vaganza, Datuk Syafinaz kepada para peserta lain. 

Datuk Syafinaz, atau lebih mesra dipanggil Tok Naz, berkata sedemikian selepas berakhirnya konsert minggu ke lapan Ahad lalu. 

Baginya, para peserta dilihat terlalu khuatir untuk bersaing dengan Liza Aziz ketika ini. 

Oleh itu, Syafinaz mahu para peserta lebih berani dan terus berusaha untuk bersaing dengan Liza. 

“Bagi saya, semua peserta takut sangat dengan Liza Aziz.” 

“Memang semua tahu, Liza ni seorng penyanyi yang amat hebat. Namun itu tak bermakna kamu para peserta semua tak boleh nak beri persaingan.” 

“Semua macam dari mula lagi, peserta macam nak pergi tapi mereka tarik brake.” 

“Mereka dilihat berhati hati. Takut nanti ada buat silap atau salah” 

Jelas Syafinaz, 52 tahun, dia mahu beri semangat kepada semua peserta. Tambahnya minggu ke lapan juga bukti apabila ada peserta lain mampu beri saingan yang sihat kepada Liza Aziz. 

“Saya nak bagi semangat kepad semua peserta.” 

“Ini agar mereka ada percaya pada diri sendiri yang mereka boleh lakukannya.” 

“Walaupun markah di atas kertas memang nampak Liza paling tinggi, tapi malam ini dah terbukti bahawa ada peserta lain mampu beri saingan, ada orang lain boleh atas Liza Aziz.” 

“Saya minta semua peserta janganlah takut.” 

Syafinaz juga ada beri komen kepada Sheila Abdull selepas peserta itu membuat persembahan, dan bertanya peserta paling hebat, dan jawapannya ialah Liza Aziz. 

Katanya, dia mahu peserta terus berusaha dan cuba saingi Liza, dan nampak Sheila Abdull juga berpontensi besar. 

“Saya hanya beri suntikan semangat kepada Sheila Abdull, saya rasa, dari mula dulu, dia ni antara yang boleh beri persaingan.” 

“Jadi kena tekan minyak lah, jangan takut.” 

KEHEBATAN LIZA AZIZ DI GV11

Sememangnya ungkapan jangan takut dengan Liza Aziz itu wajar diutarakan agar peserta cuba tandingi penyanyi berkenaan. 

Liza Aziz memang dilihat sebagai peserta terkuat untuk menjadi juara di Gegar Vaganza musim ke 11 ini, apabila berjaya mendapat tempat pertama sebanyak 5 kali dalam 8 minggu GV11 ini. 

Malah Liza juga tidak pernah berada di bawah top 3. 

Go to Top