“Bakal suami sama level, kaya, of course” Datuk Seri Vida

3,771 views

Siapa yang tak kenal dengan ahli perniagaan berstatus jutawan iaitu Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida. Satu nama yang cukup popular terutama di laman media sosial.

Baru-baru ini, Datuk Seri Vida ada menjawab persoalan orang ramai tentang persoalan berkaitan pasangan hidupnya.

Menerusi satu entry di laman Instagram miliknya, Vida bertanya sama ada lelaki nak mendampingi dirinya.

Kata Vida tumpuan dan fokus utamanya ketika ini dalah kepada family dan anak-anak dan perniagaannya.

Ada ke kaum lelaki yang mahu diri saya ni? Tengoklah saya jenis brutal macam gini. Semua nanyti akan takut dan lari saja nanti. Buat masa sekarang, saya tak ada terfikir pun nak berkahwin ke apa. Anak-anak, family saya dan syarikat merupakan perkara yang jadi keutamaan saya.

Kata Vida lagi, dia hanya pilih bakal suami yang sama taraf dengannya sekiranya mahu mendirikan rumah tangga di masa akan datang.

Maksud Vida yang sama taraf itu termasuk dari segi ekonomi yang stabil dan umur yang lebih kurang sama.

“Jika ada jodoh sekali pun, saya akan cari yang level-level saya. Maksudnya level yang sama tu ialah dari segi umur, pengalaman, dan kaya of course lah.

Itulah jawapan dari Vida tentang bakal suaminya. Ini setelah ad aura-ura mengatakan Dato Seri Vida bakal berkahwin dengan seorang lelaki yang lebih muda darinya bernama Iqbal.

Hal ini turut ditanya oleh rakannya Dato Seri Alif Syukri menerusi satu sesi live antara mereka berdua. dato Seri Vida nafikan hal berkenaan dan mengatakan umurnya amat berbeza.

Sebelum ini kali terakhir Datuk Seri Vida mendirikan rumah tangga ialah dengan seorang jejaka bernama Fairuz Ahmad Zainuddin pada tahun 2014, namun begitu, hubungan mereka tak kekal lama dan berpisah pada tahun 2017.