Baru sebulan bertunang, hubungan Zara Zya dan Hafreez diuji

5,430 views

Pasangan selebriti yang dah bertunang iaitu Zara Zya dan Hafreez Adam rupanya dua minggu bermasam muka. Mereka telah diuji setelah beberapa bulan mengikat tali pertunangan.

Perkara ini diakui oleh Zara Zya sendiri yang turut mendedahkan sedikit puncanya. Kata pelakon jelita ini, hampir dua minggu mereka merajuk antara satu sama dengan lain.

Namun begitu, sebenarnya masalah yang dialami mereka dah pun selesai baru-baru ini dan ianya tidak berlarutan terlalu lama.

Ini penjelasan dan pengakuan dari Zara Zya tentang hal ini.

“Sama seperti hubungan pasangan lain, kami juga ada terima dugaan ketika tempuhi alam pertunangan. Namun, masalah itu sama sekali tidak ada kaitan dengan pihak ketiga”.

 “Masalah berkenaan adalah berpunca dari diri kami sendiri. Biasalah apabila nak buat perkara yang baik, byk ujian datang untuk uji apakah kita kuat nak tempuhinya atau tak kuat.

“Tapi, ada pula membayangkan masalah kami berpunca daripada campur tangan orang ketiga. Mungkin andaian itu timbul apabila kami dah mula jarang upload gambar berdua bersama.

“Untuk saya, cukuplah orang tahu kami sudah bertunang, selebihnya biar saya dan Hafreez simpan sendiri”.

Dalam pada itu, Zara Zya turut menambah bahawa kemungkinan terlalu busy bekerja turut menjadi antara faktor dirinya dengan Hafreez ada selisih faham. Ianya kerana mereka jarang bersemuka dan berjumpa.

“Memang dari dulu, kami jarang berjumpa sebab jadual kerja yg amat padat. Bayangkan, masa untuk bersama keluarga juga terbatas. Buat masa ini, kami selalu berhubung dari telefon.

“Dalam perhubungan, kepercayaan dan saling memahami sangat penting. Apa juga masalah perlu diselesaikan dengan matang. Ia membuatkan kita lebih memahami pasangan masing-masing”

Diimbas kembali, Zara Zya dan Hafreez Adam telah berlakon bersama dalam drama Monalisa dan terus jatuh cinta. Akhirnya mereka berdua telah mengambil keputusa untuk bertunang pada 12 Oktober lepas.

Mengikut perancangan awal, Zara dan Hafreez merancang bernikah pada bulan Oktober tahun 2020. Semoga semuanya baik-baik saja dan hubungan mereka kembali utuh serta selamat disatukan sebagai suami isteri kelak. Semuanya dengan izinya. Amin.