Kenyataan Rasmi: Ayda Jebat sedang bercinta dengan Nabil Mahir

5,383 views

Nabil Mahir (pengacara) akhirnya buat kenyataan bahawa dia ini sedang jalin hubungan istimewa iaitu sedang bercinta dengan Ayda Jebat (penyanyi dan pelakon).

Kini hubungan antara Nabil dan juga Ayda Jebat bukanlah lagi rahsia terutama buat keluarga masing-masing.

Malahan, Nabil berkata mereka sebenarnya telahpun bertemu dengan keluarga masing-masing. Jelas Nabil, dia dan Ayda Jebat dah lama berkawan tapi mula jadi semakin rapat sejak beberapa bulan yang lepas.

Apapun, sehingga kini, Nabil Mahir dan Ayda Jebat, masih belum ada perancangan untuk bawa hubungan mereka ke fasa seterusnya yang lebih serius.

“Memandangkan Ayda dah buka mulut tentang hubungan kami, dah tiba masanya tuk saya beri noktah kepada teka-teki ini. Benar, kami menjalinkan hubungan cinta. Cuma kurang pasti tarikh cinta kami mula berputik. Sebab dah dewasa, kami bercinta apabila masing-masing selesa”

Itulah komen dari Nabil ketika ditemui di press conference lagu dan muzik video Ayda berjudul Better Than You.

Pengacara ini berkata lagi, hubungannya dengan Ayda jebat telah diketahui kedua-dua keluarga dan ini penting untuk elak timbul salah faham atau masalah di masa depan.

“Ahli keluarga kami dah pun jumpa. Ini untuk elak timbul sebarang masalah di masa hadapan. Lebih senang, jika mereka selesa berjumpa dan bergaul.

“Baru saja letakkan label pada hubungan, saya fikir masih terlalu awal untuk kongsi lebih lanjut tentang fasa hubungan kami yang seterusnya”

Kini Nabil akui mereka berdua masih lagi dalam fasa untuk kenali hati budi masing-masing.

Ditanya bila nak tamatkan zaman solo, Nabil Mahir berkata, kalau ikutkan, dia memang sudah bersedia apatah lagi kini usianya dah menjangkau 31 tahun.

“Tipulah jika saya katakan tidak pernah berbicara tentang perkahwinan, cuma perbualan itu secara kasual. Belum ada sebarang perancangan kerana kami tidak mahu terburu-buru membuat keputusan.

“Hubungan ini masih lagi baru, jadi kami perlu kenali satu sama lain lebih jauh lagi. Doakan baik-baik untuk hubungan ini,”

Semoga Nabil Mahir dan Ayda Jebat lebih bahagia selepas ini. Cepatlah naik pelamin ye.