“Beautiful couple, semoga rumahtangga kekal bahagia” Fatin Afeefa selamat nikahi jutawan

6,295 views

Tahun 2022 ini menutup tirainya pada hari ini dengan satu berita gembira buat pelakon jelita Fatin Afeefa. 

Pelakon berumur 28 tahun ini telah pun mengakhiri zaman singlenya setelah selamat bergelar isteri kepada seorang jejaka yang memegang status sebagai jutawan. 

Pilihan hati Fatin Afeefa ini ialah jejaka bernama Aliff Awang atau pun Aliff Farhan. 

Hal ini mula diketahui setelah Alha Alfa muatnaik foto sedang make up Fatin Afeefa di hari bahagianya. 

Alha Alfa menulis ucapan tahniah kepada Fatin Afeefa di atas pernikahannya itu. 

“Tahniah buat Fatin Afeefa, terima kasih sebab menggunakan khidmat saya ni.” Itu yang ditulis oleh Alha Alfa. 

Dalam pada itu, antara yang paling awal ucap tahniah ialah penyanyi dan pelakon Bella Astillah. 

Bella Astillah dilihat telah hadir ke majlis berkenaan dan bergambar bersama Fatin Afeefa dan pilihan hatinya. 

Dari caption, Bella Astilla menunjukkan jemputan yang tertera majlis pernikahan antara Fatin Afeefa dan suaminya bernama Aliff Farhan. 

“Pasangan yang amat cantik, tahniah buat Fatin Afeefa. Semoga rumah tangga yang dibina akan kekal sampai ke jannah.” 

“Tiada yang lebih indah melihat kamu mendapat cinta dari orang yang tepat, Fatin Afeefa, syukur.” 

 Dari beberapa laporan, majlis pernikahan antara Fatin Afeefa dan Aliff telah diadakan di Putra Glass Hall, Subang Jaya, Selangor. 

Dengan sekali lafaz, pasangan ini selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri sekitar jam 8 empat puluh malam tadi. 

Fatin sebelum ini pernah berkahwin dan mempunyai dua orang anak bernama Ivy Sophia, 7 tahun dan Adam Aisy Arrian, 10 tahun. 

Sehingga kini tiada sebarang kenyataan dari Fatin Afeefa ataupun suaminya Aliff Awang atau Aliff Farhan, kita tunggu kenyataan dari tuan empunya badan kelak, apapun tahniah diucapkan.