Kak KM kata baju anak biasa saja, pertahan anak pakai dress terdedah

3,930 views

Siapa saja yang tak mengenali usahawan bernama Liana Rosli yang lebih dikenali dengan nama Kak KM. 

Anak kepada pelakon Normah Damanhuri ini seringkali terkait dengan pelbagai isu terutama melibatkan cara hidup serta pemakaiannya. 

Buat pakaian dirinya saja, tetapi pakaian yang dikenakan oleh anak-anak perempuannya turut seringkali dipersoalkan oleh orang di luar sana. 

Kali ini isu yang sama berulang lagi yang mana, pakaian dress yang dikenakan oleh anak beranak ini mendapat komen yang kurang baik dari warga maya. 

Ketika sambutan ulang tahun perkahwinan atau anniversary ke 20 antara Kak KM dan suami, kesemua mereka mengenakan dress berwarna putih. 

Namun ramai mengatakan bahawa pakaian berkenaan agak terdedah dan tak berapa sesuai dikenakan, terutama anaknya yang sulung bernama Nabila atau Bella. 

Melihat komen kurang senang dari orang ramai, Kak KM mengatakan pakaian itu okey saja bagi dirinya. 

“Dulu semasa kahwin dulu-dulu, saya dah pakai baju kebaya. Oleh itu sekarang ni apabila nak menyambut anniversary rasa saya macam nak pakai dress pula.” 

“Pada saya pakaian yang anak pakai di hari itu adalah biasa saja kerana ianya memang jenis pakaian dress. Tetapi masa tu, saya ada pakai rantai jadi boleh tutup bahagian atas, tetapi anak pula tak pakai sebarang rantai perhiasan.” 

“Tapi suka hati merekalah nak mengata ke apa. Jika anak saya, Nabila dan Rania pakai elok pun orang tetap mengata juga nanti.” 

Tentang cakap-cakap dari orang luar, Kak KM mengambilnya sebagai salah satu untuk membuat dirinya lebih dikenali. 

“Terima kasih lah kepada netizen kerana asyik bagi viral lagi. Bagi Kak KM itu mungkin satu marketing ye lah kan, Kak KM ni memang suka viral.” 

“Jika tak ada netizen yang bercakap tentang Kak KM ni, saya tak akan berada sampai ke tahap seperti ini.” 

Itulah jawapan dari Liana Rosli atau Kak KM tentang pemakaian anak perempuannya di majlis anniversary nya yang ke 20 baru-baru ini.