“Lafaz cerai tiga kali.. saya tertanya mengapa saya diceraikan” ~ Isteri kepada Cat Farish

2,905 views

Penyanyi dari kumpulan Ruffedge iaitu Cat Farish dikatakan telah melafazkan cerai sebanyak tiga kali kepada isterinya iaitu Suriani Hassan. 

Hal ini didedahkan oleh Suriani Hassan yang mengatakan Cat Farish berbuat sedemikian sepanjang dua tahun perkahwinan mereka. 

Katnya, dia pun terkejut kerana Cat melafazkannya tanpa sebab dan telah pun dilakukan sebanyak tiga kali. 

Yang terbaru, Cat Farish telah melafazkan cerai pada 13 Disember baru-baru ini. 

Ini komen dari Suriani.  

“Sehingga ke hari ini, saya masih tertanya-tanya mengapa dia melafazkannya. Saya memang terkejut apabila dia melafazkan cerai sebanyak tiga kali dalam satu masa tanpa sebarang sebab.” 

Suriani yang kini berumur 36 tahun, telah membuat pendaftaran pengesahan penceraian di mahkamah tiga hari selepas Cat Farish melafazkannya. 

Jelasnya, dia ada cuba hubungi Cat Farish untuk selesaikan hal ini namun tidak berbalas. 

“Oleh itu saya anggap dia memang berniat untuk berpisah dengan saya dan harapnya semuanya akan selesai cepat.” 

“Saya reda dan anggap kami dah tak ada lagi jodoh. Berbohonglah jika saya masih tak sayangkan perkahwinan ini apatah lagi usia rumah tangga ini masih baru.” 

Setelah pihak media mendapatkan Cat Farish, penyanyi ini kesal kerana orang luar dah tahu terlebih dulu. Dia kini sedang usaha selesaikan hal ini.  

“Sebenanrya family pun tak tahu hal ni. Tak pasti bagaimana orang luar boleh hidu. Itu yang tak berapa nak syok.” 

“Saya ambil pendekatan diam diri dulu, tak mahu keruhkan keadaan lagi.” 

Berkenaan lafaz cerai sebanyak tiga kali, Cat Farish hanya serah kepada pihak mahkamah saja.  

“Hal sebegini berlaku tanpa niat, kadangkala saya pun dalam keadaan tertekan. Saya tunggu tarikh 16 Januari nanti.”

“Berkenaan sama ada lafaz itu sah atau tidak, saya serahkan pada pihak mahkamah tentukan. Sebenarnya perkara ini lah yang paling ditakuti dan memang tak mahu ianya terjadi.” 

“Saya minta semua doakan kami.” 

Cat Farish mengatakan dia tak berbincang dengan isteri buat masa sekarang kerana khuatir akan terperangkap dalam keadaan emosi yang terkawal.

Pada tahun 2020, Cat Farish telah mendirikan rumah tangga dengan Suriani dan tidak mempunyai cahaya mata. 

Sebelum ini Cat Farish pernah berkahwin dan mempunyai tiga cahaya mata.