Ben Amir sakit apa? Sampai Mira Filzah dan Daiyan Trisha pun komen

2,975 views

Semalam satu update telah dibuat oleh pelakon kacak Ben Amir di laman Instagram miliknya.

Pelakon berumur 32 tahun ini mendedahkan dirinya kini dalam kesakitan dan ketidak selesaan sejak dari tiga minggu yang lalu.

Di posting miliknya itu juga, Ben Amir mendedahkan dia akan menjalani satu pembedahan kerana penyakit yang dialaminya itu.

“Ianya satu kesakitan yang saya dah tanggung selama tiga minggu. Pemulihan yang amat perlahan. Akhirnya esojk merupakan harinya, pembedahan.”

“Saya akan jalani satu pembedahan. Memang agak cuak dan rasa khuatir apabila fikirkan kena lalui pembedahan ni.”

“Apapun saya mahu memohon kemaafan kepada sesiapa saja yang saya ada lukai. Harap dapat doakan buat diri saya.”

“Buat masa sekarang ni saya plan hanya mahu tidur dan biarkan badan saya pulih secara sendirinya. Maaf ye jika saya tak ada reply mesej atau apa. Jumpa lagi.”

Dari posting itu, tiada sebarang info lanjut tentang penyakit yang sedang dialami oleh Ben Amir.

Dilihat diruangan komen, posting tersebut turut menerima banyak komen dari rakan artis termasuklah Mira Filzah dan juga Daiyan Trisha.

Mira Filzah menulis: “Get well soon Ben.”

Sementara itu, Daiyan Trisha pula mendoakan Ben: “Praying for the best, get well soon Ben.”

Banyak juga rakan artis lain yang memberi ucapan serta mendoakan pelakon ini. Antaranya Sherry Ibrahim, Nazim Othman, Elvina, Emelda Rosemila, Alvin Chong, Fifi Azmi dan ramai lagi.

“Kami semua doakan agar cepat sembuh, speedy recovery buat Ben Amir.” Antara komen dari rakan artis.

Hari ini, Ben Amir dilihat telah pun selesai jalani pembedahan. Menerusi satu posting, admin kepada Instagram Ben Amir ada post gambar mata Ben Amir yang telah selamat jalani operation.

Ini captionnya. “Update, dia dalam keadaan yang stabil, kini sedang tidur saja. Terima kasih di atas semua ucapan serta doa.”

Itulah perkembangan terkini tentang tahap kesihatan pelakon bernama Ben Amir ini. Sama-sama kita doakan agar Ben Amir akan cepat sembuh.