“Mama terus mengalir air mata” Raja Farah lahirkan anak ketiga, tapi kini baby masuk wad

2,197 views

Berita baik baru diterima apabila pelakon Raja Farah, 33 tahun, disahkan telah pun selamat melahirkan anak ketiganya minggu lalu.

Berita ini disahkan sendiri oleh Raja Farah melalui satu hantaran di laman Instagram miliknya.

Kata Raja Farah, dia selamat melahirkan anak ketiganya itu, seorang anak perempuan pada hari Jumaat yang lalu.

“Alhamdulillah. Syukur family kecil kami kini dah bertambah lagi dengan kehadiran seorang anak perempuan, puteri sulung kami.”

“Saya telah pun selamat melahirkan babgi girl, pada 17 June, 940 pagi. Beratnya ialah 2.81kg, dan dia dilahirkan secara normal.”

“Nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terus menerus mendoakan dari sebelum saya pregnant nak dapat baby girl, sampailah dah berjaya pregnant dan kini selamat melahirkan. Saya hargai semuanya.”

Raja Farah juga sempat mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada doktor yang membantu dan menyambut kelahiran anaknya itu.

“Thank you Doktor Ainul, my gynae doktor sejak anak sulung, Imran dulu, sampai lah ke sekarang ni, baby girl kami ni. Memang ada saja dramanya sejak dari anak kedua dan anak ketiga ini.”

Sementara itu, Raja Farah juga menyatakan anaknya itu disahkan telah alami demam kuning iaitu jaundice dan kini sedang menerima rawatan di hospital.

“Rindunya pada baby, sebenarnya baby saya ni dah kena masuk ward sebab jaundice dia yang agak tinggi, masuk dari semalam.”

“Tak tahan dah rindunya, sebab baru lima hari kini dah berjauhan dah dengan awak.”

Ini pula ucapan dari Raja Farah kepada baby barunya itu.

“Mama terus mengalir air mata bila nurse ambil awak dari mama semalam. Tapi mama kena kuatkan diri. Memang normal, tapi mama emosi sikit ni. Mama doa awak cepat sembuh ye baby.”

Tahniah buat Raja Farah dan suaminya iaitu Iskandar Ismail di atas kelahiran anak ketiga ini, apapun semoga baby girl itu akan sihat dan keluar dari ward tak lama lagi.