Berani kerana benar, Fara Mendoza buka mulut

122,632 views

Sekarang ini memang sedang hangat diperkatakan tentang isu ubah wang haram. Ianya setelah beberapa individu dutahan pihak berkuasa untuk disiasat melibatkan sejumlah wang yang amat besar sekali.

Dari beberapa laporan, asset yang telah dibekukan telah mencecah pulah juta ringgit, bukan sikit-sikit jumlahnya.

Antara yang disebut sebagai individu ditahan ialah seorang lelaki dengan pangkat datuk.

Dan untuk makluman isterinya, seorang yang mempunyai gelaran datin adalah merupakan seorang instafamous yang boleh tahan popular.

Sebelum ini telah tersebar beberapa keeping gambar dan video menunjukkan datin ini agak rapat dengan seorang lagi instafamous bernama Fara Mendoza.

Malahan Fara Mendoza dikatakan turut hadir ke SPRM untuk dirakam keterangannya.

Di laman media sosial miliknya, Fara Mendoza, ada menulis satu caption menerangkan dia tak perlu ada rasa takut kerana dia tak bersalah. Ini tulisnya.

“Berani kerana benar. Lambat lagi nak jadi scammers, nak takut buat ape. Tak ada buat ape ape. Haha Berani sebabkan hal ini benar. Usaha sendiri dan work hard”.

Pada awal bulan Oktober lepas, Fara Mendoza telah hadir ke pejabat SPRM dan telah memberi kerjasama dalam siasatan kes ubah wang hrm. Menerusi satu perkongsian, Fara menyatakan dia disahkan taka da salah apa-apa.

Ini tulisnya: “Alhamdulillah, syukur sangat. Saya ni tidak ada salah, syukur. Saya telah dipanggil hanya untuk beri kerjasama saja”.

Sebelum ini, pelawak dan pelakon Shuib Sepahtu telah dipanggil ke pejabat SPRM untuk siasatan yang sama dan telah beri kerjasama dengan pihak berkuasa.

Dikatakan ada individu yang terlibat dalam kes ubah wang itu, telah membeli dan melabur dalam franchise jenama minuman bobba madu yang diusahakan oleh Shuib.

Selain Shuib dan Fara Mendoza dikatakan ada lagi artis dan juga selebriti media sosial yang dipanggil untuk disiasat.