Suami ada bukti video Nadia Brian curang dengan dua lelaki

17,898 views

Belum pun sampai satu tahun membina masjid yang diidamkan, nampaknya badai telah mula melanda. Itulah yang berlaku kepada pasangan suam isteri pelakon Nadia Brian dan ahli perniagaan Muizz Nasruddin.

Buat pertama kalinya, secara eksklusif kepada Berita Harian, Muizz telah tampil menceritakan status terkini rumahtangganya dan apa yang berlaku kepada mereka ketika ini.

Kata Muizz, dia dan Nadia masih lagi sah suami isteri namun mereka dan tiga bulan tinggal berasingan. Ini komennya.

“Kami berdua masih pasangan suami isteri, buat masa ini. Namun sebenarnya, Nadia dan saya dah lebih kurang tiga bulan tak duduk di bawah satu bumbung yang sama.

“Saya tidak pernah halau Nadia untuk keluar daripada kediaman kami. Malahan, saya dah banyak kali ajak Nadia untuk kembali duduk bersama semula. Namun begitu, Nadia telah menolak dan mahu duduk di rumah ibunya”.

Tentang kenyataan yang dibuat di laman IG miliknya, Muizz menyatakan memang dia tersakiti dan rasa kena khianat dan ianya bukanlah rekaan.

“Kisah saya melalui posting di IG bukanlah cerita yang dibuat-buat. Saya memang telah kena hina, halau, dikhianati dan rasa teraniaya.

“Ada cuba contact ibu dan family Nadia untuk selesaikan isu antara kami akan tetapi semuanya adalah sia-sia.

“Saya memang dah cuba sebaiknya untuk selamatkan perkahwinan, namun Nadia tak nak beri kerjasama”.

Muizz turut mendedahkan dia amat kecewa setelah menerima bukti berbentuk video yang menunjukkan isterinya itu berlaku curang kepadanya.

“Nadia Brian bukan curang dengan sorang lelaki, tetapi dua lelaki. Saya dah mempunyai bukti yang cukup. Saya kini berada dalam keadaan yang benar”.

Nadia Brian kini mengambil pendekatan berdiam diri dan tak mahu bercerita tentang hal peribadinya ketika ini. Kita tunggulah perkembangan mereka nanti, semoga semuanya selesai denagn cara yang baik.