“Berilah Ajad satu peluang.. dia sebenarnya baik” Mustika, adik perempuan Sajat

4,411 views

Semua pun tahu tentang kisah Muhammad Sajjad atau Sajat yang kini berada di Thailand setelah lari dari pihak berkuasa di Malaysia.

Sejak kes Sajat jadi viral, ada yang nak tahu apa perasaan keluarga Sajat. Oleh itu ada laporan dari Harian Metro yang mendapatkan komen dari adik perempuan Sajat iaitu Nur Mustika Kamaruz Zaman.

Mustika, 33 tahun, berkata, dia harap sangat semua orang dapat beri peluan kepada abangnya itu kerana jika dinilai, Sajat merupakan seorang anak yang baik.

Saya harap dia sempat diberi satu lagi peluang sebab sepanjang hidupnya, dia sebenarnya seorang yang baik, dia seorang anak yang patuh dan amat taat.

Harapnya masyarakat dan sesiapa yang ikuti perkembangan Ajad dapat doakan kebaikan untuk dirinya seperti mana kami satu family mendoakan semua.

Benar, ini memang ujian yang berat untuk saya dan family, bagaimana perasaan kami ini hanya Allah saja yang tahu.

Jelas Mustika, sebagai adik yang rapat, dia harap Sajat akan hadapi segala ujian hidupnya dengan tabah. Kali terakhir bertemu dengan Sajat ialah pada bulan Februari sebelum ahli perniagaan itu hilang dari radar.

Saya ada tegur dia tentang tindakannya yang dah timbulkan isu dan lepas itu saya dah tak tahu dia kat mana. Yang saya boleh kata, sebagai manusia, Ajad ni seorang yang baik, bertanggungjawab dan suka tolong orang lain.

Jujur, saya pun tak mampu nak buat apa yang dia buat. Kerana itu saya harap orang ramai tidak terus label dia macam-macam dan berilah dorongan kepadanya.

Mustika berkata, tentang kisah Sajat berada di Thailand, mereka sekelaurga hanya membacanya melalui laporan Harian Metro.

Sebelum ini bila dia dikatakan telah ditahan, kami tanya ada bukti gambar atau video, mana buktinya. Saya juga ada dapat banyak soalan tentang dia namun saya tidak boleh nak komen sebab memang saya tak tahu.

Sebagai adik, saya hanya mampu berdoa untuk dia. Sama ada dia pulang atau pun tidak, saya sendiri pun tak tahu.

Itulah komen dari Mustika adik perempuan kepada Sajat.