Ini condominium mewah yang didiami Sajat

2,777 views

Nur Sajat diketahui kini sedang berada di Bangkok Thailand. Ahli perniagaan ini duduk di sebuah condominium yang agak mewah sepanjang berada di kota Bangkok itu.

Melalui laporan Harian Metro, tempat yang diinapi oleh Sajat itu adalah condominium bernama The Lofts.

The Loft terletak di Yennakart, Soi Amorn, Bangkok, satu condominium yang agak mewah dilengkapi dengan pelabgai kemudahan yang amat baik.

Nur Sajat atau nama penuhnya, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman dikhabarkan mula duduki kediaman yang mewah itu sejak bulan Mac yang lalu.

Jarak kediaman Sajat itu jika menaikki kereta dianggar sekitar 13 jam perjalanan dari Padang Besar, Perlis.

Melalui laporan dari portal berkenaan lagi, Sajat dikatakan telah sewa salah satu unit kondominium namun tidak dinyatakan dengan spesifik, nombor unit mana atau di tingkat berapa.

Jika diamati, kondominium ini mempunyai swimming pool serta tempat bersenam, gymnasium dan boleh dikatakan amat lengkap dengan kemudahan yang amat selesa. Malah condominium berkenaan amat berdekatan dengan kemudahan awam, mudah untuk bergerak atau berjalan ke sana-sini.

Kadar sewa satu unit kondominium itu dianggarkan bermula 20,000 baht Thailand, lebih kurang kira-kira RM2 setengah sebulan sehinggalah unit yang lebih mewah bernilai 70,000 Baht Thailan iaitu sekitar RM7ribu lebih.

Ada beberapa jenis unit di condominium itu, termasuk yang mempunyai satu bilik dan ada juga yang tiga bilik. keseluruhannya ada 176 unit condo dan juga 18 tingkat di satu bangunan di The Loft ini.

Ini beberapa gambar The Loft di Yennakart ini.

Dari laporan awal oleh Harian Metro, pihak berkusa telah menyerbu kediaman Sajat di Loft ini dan ditahan bersama seorang lagi rakannya.

Sajat telah dibebaskan dengan wang jaminan RM8 ribu lebih dan kini harus melaporkan diri setiap 14 hari di pejabat imigresen.

Pihak berkuasa Malaysia sedang giat berusaha untuk membawa pulang Sajat ke tanah air agar dapat jalani dakwaan yang sepatutnya dihadapinya.