“Kemiskinan jangan dibuat main, dia pun ada kata emaknya dah tiada..” Fedtri Yahya

4,818 views

Pengacara terkenal tanah air Ahmad Fedtri Yahya tampil memberi pandangannya tentang isu yang sedang trending ketika ini iaitu is seorang lecturer berpangkat Prof yang dikatakan memperlekeh golongan B40.

Prof berkenaan berbuat sedemikian ketika menegur seorang student yang tidak mempunyai computer sedangkan sudah berada di sem yang kelima.

Bagi Fedtri, seorang tenaga pengajar seharusnya mempunyai rasa empathy ke atas studentnya.

“Saya tak tahu tentang latar belakang kisah ini. Namun hal yang trending ini, bagi saya, isu kemiskinan orang jangan dibuat mainan ataupun jadikan gurauan. Apabila dia ada sebut bahawa maknya dah tak ada. Kita kenalah tahu, sebab lain family lain kisahnya.”

“Apabila mak sudah tak ada ni, memang macam-macam yang boleh berlaku. Walau ada adik-beradik sekalipun, tak semuanya ambil tahu atau ambil peduli. Apatah lagi aoabila melibatkan isu ayah tidak sihat atau ada isu lain. Kadangkala ada adik-beradik yang bawa diri. Jadi akan ada anak-anak yang tak mempunyai sumber kewangan yang kukuh, jadi boleh timbul masalah.”

“Saya harap, dalam situasi untuk belajar ilmu, pensyarah juga kenalah ada rasa empathy terhadap student nya.”

Dalam pada itu, Fedtri Yahya juga menasihatkan agar menggunakan bahasa yang sesuai.

“Antara yang penting, kena jaga bahasa juga. Walau nak beri nasihat yang betul, bahasa dan juga adab itu yang paling penting. Sebab bahasa itu boleh menikam dan membuat hati sakit dan ini akan beri impak kepada emosi dalam jangka masa panjang. Ada cara nak bantu, apatah lagi pensyarah ini seorang ketua.”

“Jika student benar-benar susah. Boleh bantu dengan salurkan kepada pihak yang dapat beri bantuan, contoh zakat atau apa saja. Daripada memarahi mereka lebih baik membantu.”

Itulah komen bernas dari Ahmad Fedtri Yahya tentang isu ini. Apa yang dilontarkan oleh Fedtri Yahya mendapat sokongan dari netizen.