“Bukan kami punca permohonan rentas negeri diketatkan” ~ Risteena dan Isa Khan

1,532 views

Sudah tentu akan ada yang masih ingat tentang isu melibatkan Ristena dan suaminya Isa Khan yang berada di Sabah atas urusan kerja sebaik saja selesai bernikah.

Mereka ada muatnaik gambar disana yang membuatkan ada laporan mengatakan mereka sempat honeymoon semasa berada di negeri berkenaan walhal sedang bekerja.

Oleh itu ada juga yang terus mengaitkan pasangan ini setelah viral satu isu yang mana pihak polis telah mengetatkan permohonan untuk rentas negeri kerana sikap sesetengah selebriti dan juga instafamous yang salah guna pelepasan rentas negeri.

Menjawab berkenaan hal ini Risteena terus menafikan dakwaan bahawa mereka berdua antara yang menjadi puncanya.

Jika permohonan untuk merentas negeri atas urusan kerja dah diperketatkan, ini bukan berpunca daripada kami berdua. Mungkin disebabkan faktor lain rasanya.”

Tak patut fikir sebegitu. Sebab memang kami pergi ke sana kerana urusan kerja. Malahan, pihak polis dah pun sahkan kami ke Sabah sebab kerja.”

Semasa di sana, kami tak ada ke mana-mana pun dan bukannya sambil menyelam minum air. Kami buat kerja dan kemudian pergi makan. Lepas tu ada orang tengok kami di tempat berkenaan. Kenapa isu ini perlu dikaitkan dengan kami lagi.”

Kebetulan tempat kami bekerja itu merupakan satu lokasi pelancongan dan ini sekali gus membuatkan isu ini timbul.”

Kalau pihak polis nak ketatkan kebenaran merentas negeri, banyak lagi faktor lain yang lebih penting berbanding dakwaan kami yang jadi puncanya.”

Sementara itu Isa Khan berkata, dia tak perlu gentar dengan dakwaan yang dilemparkan dan berkata hal ini merupakan dugaan mereka berdua sebagai suami isteri.

Kami berdua ke Semporna, Sabah pada 20 Mac lalu. Memang tak sangka jadi begini. Namun, kami tenang kerana memang tak buat salah, isu ini pun dah selesai dengan pihak berkuasa.”

Bagi saya ini merupakan ujian selepas bernikah. Akan ada banyak lagi pancaroba yang akan datang di masa depan.”