Ini penjelasan sebenar maksud “selipar muslim friendly”

2,515 views

Ramai yang tetanya-tanya mengapakah selipar pun boleh ada tag muslim friendly. Satu statement atau kenyataan yang dilihat seakan menunggang agama, ya lah sampai selipar pun ada beza muslim friendly atau tidak.

Ini berkaitan dengan selipar yang baru saja dilancarkan dari jenama Fipper hasil kerjasama dengan jenama The Noor, bersama selebriti terkenal, Noor Neelofa.

Dapat dilihat ramai netizen yang mula mempersoalkan claim ini dan akhirnya pihak Fipper tampil memberi respon.

Syarikat Fipper telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi tentang apa yang dimaksudkan dengan selipar muslim friendly itu.

Jom baca kenyataan dari pihak Fipper ini.

Press release tentang penjelasan produk muslim friendly. Pihak Fipper ingin menjelaskan tentang isu ini. Produk berkenaan iaitu Slip On Fipper X The Noor ini sebenarnya sesuai dipakai oleh muslimah yang memakai stokin. Sebabnya sebelum ini, produk kami tidak mesra dengan pengguna berimej muslimah yang memakai stokin. Pihak Fipper meminta maaf jika ada yang terkeliru di atas isu ini, terima kasih kerana sokongan yang diberi oleh anda semua.”

Itu penjelasan rasmi dari pihak Fipper berkenaan selipar muslim friendly yang mana ianya kini sesuai dipakai oleh kaum wanita muslimah yang memakai stokin.

Sebelum ini sekiranya mereka yang memakai stokin dan kemudian menyarung selipar Fipper, ianya akan licin. Tetapi kali ini ianya tidak lagi licin dan boleh memakai stokin seterusnya membuatkan pengguna lebih selesa.

Produk selipar ini kini dijual dengan harga mencecah RM79.90. Jika dibandingkan dengan produk Fipper yang lain, harga selipar yang lebih kurang sama berharga RM16.90 sehingga RM49.90. Ini membuatkan harga selipar usahasama dengan Neelofa ini antara yang lebih mahal harganya.

Apapun, diharapkan penjelasan ini akan dapat menjawab dan meredakan sedikit soalan bertubi-tubi dari orang ramai tentang apakah yang dimaksudkan dengan selipar muslim friendly ini.

Isu ini telah menjadi trending sejak Neelofa mula muatnaik paparan gambar selipar berkenaan di laman IG miliknya beberapa hari lepas.