Cantiknya, Mona Allen kini tampil bertudung, perbaiki diri sebelum bergelar ibu

1,592 views

Sedang hamil tujuh bulan, rupanya ada hikmah di sebalik kandungan ini buat pelakon Mona Allen, isteri kepada Pekin Ibrahim.

Jika dilihat di laman media miliknya, Mona Allen kini dah mula memakai tudung, memperlihatkan dirinya dah menutup aurat.

Rentetan itu ramai yang mula memberi komen menyatakan kegembiraan mereka melihat perubahan yang dilakukan oleh Mona Allen.

Pelakon berumur 37 tahun ini, mula muatnaik foto memakai tudung pada hari raya yang lalu dan sehingga kini Mona tak ada memberi sebarang komen tentang imej barunya itu.

Mona menyatakan dia lebih selesa fokus nak perbaiki diri untuk jadi ibu dan isteri yang baik dan hanya biarkan para peminat memberi komen saja.

“Saya sebenarnya tak berani nak memberi sebarang kenyataan apa-apa tentang imej serta penampilan saya sekarang ni. Bagi saya, apa yang saya tayang, itulah dia imej saya.”

“Terpulang pada orang ramai nak tafsir apa. Lagipun saya tak mahu salah faham, risau pula nanti orang akan kata saya nak berubah tetapi menunjuk-nunjuk. Khuatir jika salah kata, nanti akan ada jadi isu pula.”

“Saya meminta doa yang baik-baik saja. Kini dalam proses nak baiki diri. Mahu jadi seorang ibu dan isteri yang lebih baik.”

Tentang perkembangan kandungan pertamanya itu, Mona Allen memberitahu dia dijangka bersalin pada bulan September kelak.

Mona amat bersyukur kerana setelah berita dirinya hamil diketahui, banyak hadiah baby yang telah pun diterimanya.

“Syukur alhamdulillah, usia kandungan saya kini dah tujuh bulan. Dengan izin dari Nya, saya dijangka bersalin pada bulan September nanti. Sekarang saya masih ada di Johor, teman suami penggambaran.”

“Kalau nanti dah balik Kuala Lumpur, baru saya dan suami akan cari lagi barang keperluan untuk baby. Saya amat bersyukur memang ramai yang beri hadiah barang baby, memang ini semua rezeki baby dapat macam-macam.”

Itulah komen dari Mona Allen, isteri kepada Pekin Ibrahim.