Rumah Farid Kamil dilelong, ini kenyataan rasmi

53 views

Ramai yang terkejut apabila mengetahui rumah Farid Kamil dilelong pada 22 Januari depan. 

Menjawab isu ini, pengurus Farid iaitu Azahari Hamid mengesahkan rumah yang terletak di Bandar Saujana Putra itu memang milik Farid Kamil. 

Rumah berkenaan dibeli pada tahun 2011 dengan harga RM300ribu dan ketika itu penerbit terkenal David Teo membayar wang pendahuluan, sebagai bonus dan penghargaan kejayaan naskah keluarannya.

Kini rumah berkenaan bernilai lebih setengah juta Ringgit. 

Akan tetapi sejak dibeli, Farid tidak tinggal secara tetap dirumah berkenaan dan pada tahun 2015, ianya telah disewakan. 

KENYATAAN PENGURUS FARID KAMIL 

Azahari memberitahu, rumah itu kini disewakan kepada kenalan yang tak bayar sewa sejak tahun lepas. 

“Saya pun baru tahu tentang isu lelong rumah itu tadi selepas dihubungi beberapa wartawan yang meminta kesahihan.” 

“Sejak disewakan lima tahun lepas, sewa bulanan terus dimasukkan ke bank oleh penyewa.” 

“Sebelum ini tak ada apa masalah namun penyewa mula tak bayar bermula pertengahan tahun lalu.” 

“Saya dah contact penyewa berkenaan dan dia akui kesilapannya menangguhkan bayaran disebabkan masalah kewangan.” 

Azhari berkata, Farid sendiri akan selesaikan masalah ini.  

“Semasa terima berita ini, dah lewat petang, jadi esok pagi saja kami akan berjumpa pihak berkaitan.” 

“Harapnya hal ini dapat diselesaikan secepat mungkin.” 

KENYATAAN FARID KAMIL SENDIRI 

Pagi tadi, Faird Kamli juga sudah keluarkan kenyataan rasminya. 

Jelasnya, dia tak tahu menahu tentang rumahnya bakal dilelong.  

“Saya dah tidak tinggal di rumah itu sejak lebih 10 tahun lalu. Rumah berkenaan juga telah disewakan sejak 2019.” 

“Sejak itu penyewa membayar terus ke akaun bank pinjaman rumah ini. Sebelum ini tak ada sebarang masalah dan sampailah sekarang baru dapat tahu rumah itu bakal dilelong.” 

“Penyewa pun dah berjanji akan selesaikan masalah ini secepat mungkin. Harap ini dah beri jawapan segalanya.” 

Rumah Farid Kamil dilelong pada hujung bulan ini setelah tidak dibayar sejak hujung pertengahan tahun 2024. 

Terletak di Jenjarom, rumah itu merupakan teres dua tingkat dan kini berharga setengah juta nilainya.