“Masih ada rasa malu” ~ Nadia Brian

2,199 views

Kini dah hampir setahun pelakon Nadia Brian berpisah dengan bekas suaminya. Kedua mereka membawa haluan masing-masing pada bulan April tahun 2021.

Walaupun dah hampir setahun, Nadia Brian akui dia pun kadangkala ada merasa segan dnegan gelaran yang dibawa olehnya itu.

Namun pelakon berumur 3o tahun ini, reda dengan ketentuan yang harus dilalui olehnya.

Ini komen Nadia Brian melalui satu laporan dari Harian Metro.

“Siapa yang mahukan memegang status sebagai seorang janda kan. Saya akui masih ada rasa malu untuk membawa status berkenaan. Suka atau bangga, dua-duanya pun tidak, saya hanya reda saja.”

Telah melalui ujian serta dugaan dalam berumah tangga, bagi Nadia Brian, itu semua perkara yang membuatkan dirinya bertambah matang.

Kini Nadia Brian mahu fokus dalam bidang seni dan juga kerjayanya terlebih dulu. Katanya, ketika ini dirinya masih lagi single.

Bukannya dia tak mahu berkahwin lagi, namun ianya mungkin mengambil sedikit masa.

“Saya sekarang ni masih lagi single dan mahu lebih fokus pada family serta kerjaya dalam bidang lakonan. Tapi bohonglah kalau saya cakap tak ada berkenalan sebab saya pun ada berkawan untuk kenal hati budi seseorang.”

“Tapi kalau nak mendirikan rumah tangga tu, mungkin dua atau tiga tahun lagi. Namun begitu, jika sudah tertulis kalau jodoh datang lebih awal, saya tak ada nak menolaknya. Saya tak ada rasa trauma untuk berkahwin lagi, cumanya hal berkenaan bukanlah keutamaan untuk diri saya buat masa sekarang.”

Dah masuk tahun 2022, Nadia Brian harap orang ramai tak pandang serong kepada wanita bergelar janda.

“Sekarang sudah masuk tahun 2022, harapnya tak adalah cakap-cakap terhadap wanita berstatus janda. Kita pun tak tahu apa yang terjadi dalam rumah tangga seseorang tu, apatah lagi, kita pun tak tahu masa depan kita macam mana.”

Pengalaman lalau akan mematangkan Nadia Brian dan kini akan cuba menjadi individu yang lebih baik dari sebelum ini.