Kini sudah lebih kurang dua tahun pelakon Sharnaaz Ahmad berpisah dengan bekas isterinya Noor Nabila, kakak kepada Neelofa.
Sharnaaz Ahmad sudah dua tahun hidup sebagai seorang duda setelah berpisah dengan Nabila pada tahun 20202.
Menerusi satu perkongsian di Instagram miliknya, sejak hidup solo ini, Sharnaaz akui dirinya akan koyak jika tibanya bulan Ramadhan.
Pelakon berumur 36 tahun ini, akur dirinya mula rasa hiba dan sedih menjelangnya bulan Ramadan dan juga keytiak bulan Syawal.
Sharnaz berkata sedemikian setelah ramai yang bertanya kepadanya macam mana hidup sebagai seorang duda, single berbeza sebelum ini pernah berkeluarga.
Jelasnya, setelah kembali single, dia memang lebih tenang namun dia akur, diri akan rasa koyak apabila tibanya dua hari.
Dua hari berkenaan ialah di hari pertama bulan Ramadhan dan juga di hari pertama bulan Syawal. Ini komen penuh Sharnaaz.
“Ada orang yang bertanya pada saya, macam mana kehidupan sebagai seorang solo. Jawapan saya ialah ianya sangat relax dan tak ada tekanan sangat, tak ada nak pening kepala.”
“Tetapi bila tiba bulan Ramadhan, akan ada sedikit koyak dan kemudian lagi sebulan selepas itu, pada hari raya Aidilfitri. Dalam setahun, dua hari itu saja akan rasa koyak.”
Itulah luahan dari Sharnaaz tentang perasaan sayu menyambut kedatangan bulan mulia ini kerana sebelum ini pernah berkeluarga.
Untuk info, Sharnaaz dan Noor Nabila mendirikan rumah tangga pada bulan Mac tahun 2017 namun hubungan mereka berakhir pada bulan Julai tahun 2020.
Sepanjang perkahwinan, Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila mempunyai seorang anak lelaki yang diberi nama Jebat Jayden. Kini jebat dah pun berumur 4 tahun.
Sharnaaz Ahmad masih lagi single manakala Noor Nabila pula telah berkahwin dengan Engku Emran.