“Dah jatuh talak tiga”

10,443 views

Pelakon, Zarina Anjoulie, 35 tahun, kini sedang diulit bahagia bersama kekasih hatinya iaitu Datuk Seri Khazrul Elzey

Hubungan mereka berdua ini dalam fasa yang serius juga apabila mereka dikhabarkan akan disatukan sebagai pasangan suami isteri tak lama lagi. 

Dari laporan beberapa portal hiburan termasuk Rotikaya dan juga Xtra, Datuk Seri Khazrul Elzey merupakan seorang duda dan telah pun berpisah dengan isterinya. 

Memetik laporan berkenaan, Elzey telah pun memberi ingatan kepada bekas isterinya supaya tidak mengganggu Zarina Anjoulie yang lebih dikenali dengan nama Anju.  

Hal ini dimuanaik oleh kekasih Anju itu sendiri yang mengatakan dia dab bekas isteri telah berpisah dengan talak tiga. 

Elzey juga mengatakan bekas isterinya itu sudah hilang title Datin Seri setelah dikatakan wanita berkenaan telah derhaka dan nusyuz. 

Ini penulisan dari Datuk Seri Khazrul Elzey tentang hal ini. 

“Kepada bekas isteri sata, setelah jatuhnya talak tiga kepada kamu akibat dari nusyuz dan derhaka maka gugurlah title kamu sebagai Datin Sri.”  

Kemudian Elzey meminta bekas isteri tidak mengganggu Anju serta bertaubat dengan segala perbuatan yang telah bekas isterinya itu lakukan sebelum ini. 

“Saya meminta janganlah kamu nak menggganggu kekasih saya, kelak nanti ianya akan menjadi lebih parah lagi.” 

“Silalah untuk move on dan kembali bertaubat ke jalan yang diredhai Illahi. Teruskan kehidupan kamu dan jangan ganggu kami lagi.” 

Itulah kisah yang berlaku antara Datuk Seri Khazrul Elzey dan juga bekas isterinya, namun tak diceritakan secara terperinci tentang isu nusyuz itu. 

Sebelum ini, Zarina Anjoulie ada mendedahkan sedang mencari baju pengantin sekaligus memberi bayangan akan berkahwin dengan Elzey tak lama lagi. 

Semoga segala urusan Zarina Anjoulie dan juga Datuk Seri Khazrul Elzey akan dipermudahkan, ramai yang tak sabar nak tengok majlis perkahwinan mereka berdua ini.