“Dah jumpa semula” Ini detik Datuk Rosyam Nor bertemu semula kucing yang hilang

6,560 views

Beberapa hari yang lalu, pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Rosyam Nor ada membuat luahan hati tentang kucing kesayangannya yang telah hilang.

Hanya mereka yang sayangkan kucing saja yang tahu bagaimana rasanya kehilangan kucing tersayang, apatah lagi yang sudah lama dijaga, bertahun-tahun lamanya.

Kerana itu juga Datuk Rosyam Nor sanggup menawarkan seribu sebagai ganjaran kepada mana-mana pihak yang menemui kucingnya itu.

Semalam, satu berita baik diterima oleh Datuk Rosyam Nor. Ini apabila beliau telah disatukan semula dengan kucingnya yang bernama Midnight itu.

“Dah jumpa, dua minggu hilang, kucing saya kembali ke pangkuan keluarga. Pada hari ini, saya nak beritahu bahawa rumah saya dah pun kembali ceria semula dengan kehadiran kucing tersayang, Midnight, yang dah hilang sejak 2 Mac lepas.”

Individu yang menemui kucingnya ini bernama Datin Dr Rozana.

“Terima kasih kepada Datin Dr Rozana yang jumpa Midnight dan dia pun jaga sejak dua minggu lepas. Saya juga mahu cakap terima kasih kepada semua yang sampaikan cerita ini dan bantu sehingga saya jumpa semula kucing saya ini.”

Ini videonya.

Tentang wang ganjaran sebanyak seribu yang ditawarkan, Datuk Rosyam Nor menepati janji dan memberikannya kepada Datin Rozana.

Namun baca apa yang dilakukan oleh Datin Rozana.

“Macam yang saya katakan sebelum ini, saya akan bagi ganjaran kepada orang yang temui kucing kesayangan saya. Oleh itu, saya mahu memberikannya kepada Datin Rozana wang ganjaran berkenaan.”

“Namun begitu, beliau tidak mahu terima, dan sebaliknya mahu mendermakan wang itu kepada masjid.”

Itulah cerita dari Datuk Rosyam Nor yang mengatakan Datin Rozana tak menerima ganjaran sebaliknya meminta wang itu disalurkan kepada pihak masjid.

Tahniah kepada Datuk Rosyam Nor kerana dah jumpa semula kucing kesayangan bernama Midnight ini, mesti happy semua ahli keluarga.