“Tak layak masuk TV” ~Pedas betul komen Awal Ashaari tentang isu Kak Long

14,730 views

Memang besar juga impak dari kes melibatkan wanita bernama Kak Long 7E ni. Satu persatu individu terkenal tanah air memberi pandangannya tentang Kak Long ni.

Bermula dengan isu kak Long jadi jemputan rancangan Tv Al Hijrah sampailah kepada kes video melibatkan orang kurang upaya, memang ramai betul yang tak puas hati dengan Kak Long ni.

Sebelum ni, Dr Ustaz Rozaime Ramli ada beri komen, yang mana beliau memang tak setuju dengan penglibatan Kak Long sebagai salah seorang ahli jemputan untuk rancangan Tv Al Hijrah.

Lepas tu pula, ada komen dari Datuk Aaron Aziz yang seakan menegur tindakan seseorang yang bercakap tentang orang kurang upaya. Walaupun tidak menyebut nama sesiapa, rata-rata percaya ianya ditujukan kepada Kak Long.

Kini giliran pelakon dan pengacara terkenal tanah air pila membuka mulut tentang kes ini. Kali ini Awal Ashaari menyatakan rasa kurang senang dengan segala tumpuan yang diberikan kepada Kak Long terutama bab dia dapat masuk ke rancangan TV.

“Setiap masa keudara yang diberi kepada golongan macam ni, mereka akan lebih laparkan perhatian serta publisiti dan popularity.”

“Jerit-jerit, rendahkan orang lain dalam sosial media, tiba-tiba dapat masuk TV pula.”

“Cuba bayangkan lepas ni video apa pula yang akan timbul untuk jadi jemputan di rancangan TV. Lepas tu boleh jadi instafamous.”

“Tolonglah hentikan nak jadikan orang macam ni famous. Mereka ni tak layak bercerita di national TV pun.”

Itulah pendapat pedas dari Awal Ashaari tentang isu ini. Baca komen penuh dari tulisan Awal Ashaari.

Pendapat Awal Ashaari ini sebenarnya mendapat persetujuan dari ramai pihak terutama netizen yang meminta golongan yang lebih berakhlak dan mempunyai ilmu untuk ditonjolkan di kaca TV. Bukan dijemput mereka yang nak famous semata-mata dari hal yang entah apa-apa.