Inilah Abang Qu, PA baru Datuk Seri Vida yang kacak dan sado, gaji RM10k sebulan

5,891 views

Akhirnya pencarian personal assistant atau PA kepada Datuk Seri Vida sudah pun berakhir. Jutawan ini ada mencari PA sejak bulan Disember tahun lalu.

Dan kini Datuk Seri Vida telah menemui PA yang baru yang diberi nama abang Qu.

Satu pengumuman telah dibuat oleh Datuk Seri Vida yang memperkenalkan PA nya itu melalui satu posting di laman Instagram miliknya.

“Bismillah, PA baru saya namanya Abang Qu. Memang dah lama saya cari PA untuk tolong saya buat kerja. Ramai yang dah pun menghantar resume. Memang semua hebat belaka.”

“PA baru saya ni bernama abang Qu, orangnya pemalu sikit. Beza dengan saya, yang jenis happy go lucky selalu. Tak tahu macam mana nanti, entahlah.”

“Semoga dengan kemasukkan abang Qu akan memberi berkat, doakan ye.”

“Rezeki ni semua merupakan satu rahsia Tuhan, tak de yang cepat dan tak de yang terlambat. Doakan agar perniagaan QuPuteh saya akan beri manfaat buat semua orang.”

“Kepada PA baru saya ni, abang Qu, sila kerja baik baik, dan semoga dikasihi semua team QuPuteh. Terus bersemnagat, amin.”

Antara komen yang mendapat perhatian ialah dari Michael Ang yang berkata: “Eh macam kenal je.

Hasil carian netizen, abang Qu ni nama sebenarnya ialah Qushayry. Sebelum ini Qushayry merupakan orang kuat kepada usahawan terkenal, Anas atau Anasism.

Sebelum menjadi PA Datuk Seri Vida, Qu juga mempunyai follower yang ramai, sehingga kini dah ada 90 ribu follower.

Qushayry juga terkenal di laman Tiktok dan mempunyai hampir 400k follower.

Dikatakan gaji sebagai PA Datuk Seri Vida ialah sebanyak RM10 ribu, memang masyuk la abang Qu.

Ini beberapa foto abang Qu.

Sebelum ini, antara PA Datuk Seri Vida yang kini menjadi terkenal ialah Ahmad Iqbal, yang sudah bergelar penyanyi dan juga pelakon.