Anak kongsi detik terakhir Abu Bakar Juah, mengalir air mata sebelum pergi

3,601 views

Pelakon veteran yang banyak menghiasi kaca televisyen melalui drama-drama iaitu Abu Bakar Juah telah pun pergi buat selamanya. Arwah Abu Bakar telah menghembuskan nafas terakhirnya pada petang hari Sabtu yang lalu di kediamannya.

Sebelum ini, Abu Bakar Juah memang diketahui dah jatuh sakit akibat barah dan tenat sejak minggu lepas.

Melalui komen anaknya, Abu Bakar Juah meninggalkan dunia ini dengan keadaan yang amat tenang sekali.

Zarith, anak kedua kepada Abu Bakar berkongsi sedikit detik terakhir ayahnya sebelum meninggalkan dunia.

“Syukur alhamdulillah, ibu, adik-beradik dan ahli saudara semua dapat kumpul di saat akhir arwah sebelum pergi untuk selamanya. Di kalangan family, hanya suami saya saja tidak dapat balik sebab kerja di Cambodia.

“Apapun, arwah ayah telah pergi dalam keadaan amat tenang. Kami reda dengan pemergian ayah. Sebelum ni, temperature badan ayah naik tinggi kemudian masuk ke fasa koma selama dua hari sebelum menutup mata. Ketika itu, kami hanya boleh genggam erat tangan ayah sebelum dia tinggalkan kami untuk selamanya.

“Arwah ayah juga dilihat mengalirkan air mata membawa maksud dia tahu kami sentiasa ada di sisinya”.

Cerita Zarith lagi, dia serta semua adik beradiknya ada setia di sisi ayahnya ketika jatuh sakit, semua bergilir menjaganya.

“Syukur sangat arwah ayah dah tunaikan ibadah haji, oleh itu tak ada niatnya yang tertunda. Kami adik beradik sentiasa bergilir-gilir jaga arwah ayah.

“Semasa itu, adik bongsu kami, Benjemin Nor tak kerja kerana PKP, oleh yang demikian adik banyak bantu ibu untuk jaga arwah. Namun, semua adik beradik lain tetap tak turn untuk jaga arwah di hospital dan ketika di rumah”

Adik zarith iaitu Benjemin dan isteri arwah iaitu Rusidah tidak mahu ditemubual dek keraa masih agi bersedih.

Abu Bakar Juah berkahwin dengan Rusidah pada 1980 dan mempunyai empat orang anak iaitu Danial (39 tahun), Zarith (37 tahun), Safinas (32 tahun) dan adik bongsu Benjemin (28 tahun).

Jenazah Abu Bakar Juah telahpun selamat dikebumikan sekitar jam 9.50 pada hari Ahad. Alfatihah dan salam takziah buat keluarganya.