Comelnya baby Eyra Hazali dan Haziq, sedap nama yang dipilih

4,624 views

Anak sememangnya merupakan permata hati yang amat berharga buat pasangan suami isteri. Hadirnya cahaya mata dikatakan dapat menguatkan lagi ikatakan antara hubungan suami isteri dan juga sebagai penyeri sesebuah keluarga. Anak memang rezeki yang amat bernilai.

Pelakon yang popular dengan drama Mr Grey iaitu Eyra Hazali kini baru sahaja selamat bergelar sebagai seorang ibu.

Eyra Hazali mengerah keringat, bertarung selama 21 jam di fasa labour dalam wad bersalin untuk melahirkan anak pertamanya itu.

21 jam berlalu, Eyra Hazali yang baru berumur 21 tahun akhirnya selamat melahirkan zuriat sulungnya di KPJ Ampang Puteri di Kuala Lumpur.

Baby boy membuka mata, melihat dunia ini sekitar jam 2.18 petang. Berat baby ketika lahir ialah tiga kilogram.

Nama yang diberikan oleh Eyra dan suaminya, Muhammad Haziq Nadzli ialah Muhammad Hayder Qhalish, memang sedap namanya.

Melalui satu update di laman media sosial Instagram, Haziq yang merupakan penjaga gawang team bola sepak Johor Darul Ta’zim sempat share beberapa picture dan juga telah kongsi pemilihan nama anaknya itu. Ini tulis Haziq di ruangan caption.

“Syukur alhamdulillah, pada tarikh 14 Ogos tahun 2020, pada jam 2.18 petang, baby kami yang diberi nama Muhammad Hayder Qhalish hadir dalam family ini. Semoga keluarga kecil kami ini akan sentiasa menerima lindungi serta diberkati oleh Allah”.

Di ruang Instagram milik Eyra, pelakon yang kini bergelar ibu muda turut bersyukur segala urusan berjalan lancer dan kini dirinya dan anak telah berada dalam keadaan yang baik.

“Alhamdulillah syukur sangat, walaupun saya ambil masa yang agak lama ketika proses salin, akhirnya semuanya dipermudahkan. Impian saya untuk bersalin secara normal telah menjadi kenyataan”.

Jom tengok beberapa foto anak mereka yang teramatlah comel ini.

Eyra Hazali dan Haziq Nadzli berkahwin di usia yang muda yang mana ketika itu kedua mereka berada di puncak kerjaya masing-masing. Pada tarikh 1 November 2019, kedua mereka selamat diijabkabulkan.

Kemudian, setelah 3 bulan berkahwin, mereka menerima khabar baik apabila Eyra disahkan hamil sekaligus membuatkan pelakon jelita ini mengambil cuti selama setahun dari bidang lakonan untuk beri perhatian sepenuhnya kepada anak dan juga suami.