“Dia memang kacak” Inspektor Sheila akhirnya bertentang mata dengan Iqbal

15,844 views

Tak kenal memanglah tak cinta, satu pepatah yang seringkali digunapakai kepada mereka yang masih tak mengenali seseorang, untuk kenali hati budinya. 

Pepatah ini boleh dikaitkan dengan ahli perniagaan Ahmad Iqbal Zulkefli, yang akhirnya dapat juga bertentang mata dengan pegawai polis, Inspektor Sheila. 

Pertemuan antara mereka ini diuruskan oleh pihak media, Mstar, melalui satu sesi fotografi. 

Buat pertama kali mahu bertemu, ternyata kedua mereka agak malu-malu pada mulanya. 

Malah Iqbal sendiri terkejut apabila mengetahui Inspektor Sheila ada bersama untuk sesi bergambar itu. 

Sungguhpun begitu, Iqbal tak ambil masa yang lama untuk sesuaikan diri, dan terus saja selesa bersama Inspektor Sheila. 

Mereka berdua mengenakan pakaian yang sedondon, dan sesi fotografi berjalan dengan lancar. 

KOMEN IQBAL TENTANG INSPEKTOR SHEILA 

Di sesi berkenaan, Iqbal dan Inspektor Sheila sempat bergurau senda dan dilihat serasi bersama. 

Bagi Iqbal, dia benar-benar serius mahu berkenalan dengan Inspektor Sheila. 

“Selepas dah jumpa pertama kali ini, memang saya serius nak kenali dan berkawan dengan dia. Bagi saya, dia ni seorang yang komited dan jelas dengan apa yang dia nakkan.”  

“Apapun, buat masa sekarang ni, biar kami berkawan dulu.” 

Bertentang mata, Iqbal akui, Sheila seorang yang cantik. 

“Dia memang seorang yang cantik dan boleh jadi model, sungguhpun sebelum ini ramai saja ada tanggapan yang kurang baik sebab hanya mengenali Sheila sebagai seorang wanita yang tegas.” 

“Harapnya saya dapat ajar dia supaya lebih bersikap lemah-lembut. Tidaklah orang asyik nak mengata dia saja lepas ni.

“Saya nak panggil dia umi, dia pula panggil saya abi.” 

Walaupun sesi itu singkat, Iqbal sempat juga belajar beberapa perkataan Tamil dari Sheila dan ataranya ialah ungkapan saya sayang kami. 

KOMEN INSPEKTOR SHEILA TENTANG IQBAL 

Sheila sebenarnya juga tak menyangka akan bertemu dengan Iqbal semalam. 

Setelah bertemu, Sheila akui Iqbal seorang yang tampan dan ada ciri-ciri lelaki yang menjadi idaman ramai. 

“Apabila dah berjumpa dia, persepsi saya terhadap Iqbal mula berubah. Dia memang handsome, and friendly. Badannya pun taklah terlalu besar.”  

“Banyak yang boleh saya explore tentang Iqbal. Secara peribadi dia seorang yang baik dan kami boleh berkawan.” 

“Setakat ini saya belum temui lelaki lain yang benar-benar tepati citarasa. Memang benar, saya seorang yang memilih.” 

Ini video pertemuan antara Ahmad Iqbal dan juga Inspektor Sheila. 

Eksklusif! Iqbal malu-malu jumpa Inspektor Sheila… macam pengantin baharu

Wahh sweet betul mereka ni kan bila pakai baju sedodon macam sepadan pula… sama-sama kelakar rupanya mereka ni.

Posted by mStar Online on Friday, July 7, 2023

 Kisah antara mereka jadi bualan ramai setelah Inspektor Sheila meluahkan hasrat mahu mencari teman lelaki, dan Ahmad Iqbal terus saja komen mahu mencuba nasib memikat Sheila.