“Saya hilang mentor” Azhar Sulaiman umum ayah mentua, Datuk Pahamin meninggal dunia

2,144 views

Awal pagi tadi, pagi Ahad, pelakon terkenal Azhar Sulaiman telah menyampai satu berita duka cita. 

Jelas Azhar Sulaiman, bapa mertuanya, Datuk Pahamin Rajab telah pun pergi buat selamanya di usia 77 tahun. 

Katanya lagi, bapa mertua yang juga mentor kepada dirinya itu, telah terkena sakit jantung ketika dalam perjalanan menuju ke London, United Kingdom untuk menghadiri majlis graduasi anak lelaki Azhar Sulaiman iaitu Rees, yang juga kembar kepada Leona. 

Ini kenyataan dari Azhar Sulaiman tentang permergian ayah mertuanya. 

“Saya kehilangan mentor saya, bapa mentua saya, Datuk Pahamin rajab.” 

“Dukacitanya saya mahu maklumkan bahawa bapa mentua saya, Datuk Pahamin Rajab baru saja meinggal dunia.” 

“Beliau dalam perjalan ke London, dan telah kena sakit jantung dalam plane. Now my mother-in-law dan anak saya iaitu Rees ada di London.” 

“Sebenarnya beliau semua datang ke London sebab mahu datang ke majlis graduation anak lelaki saya, Rees. Semua kami akan terbang ke London pada hari Isnin.” 

Dalam pada itu Azhar Sulaiman meminta semua orang untuk berdoa dan juga sedekahkan surah Al Fatihah buat bapa mertuanya, Datuk Pahamin Rajab

“Jemputlah semua untuk baca surah Al Fatihah untuk my father-in-law, Pahamin Rajab.” 

“Semoga ditempatkan di kalangan orang yang beriman, amin.” 

Selain Azhar Sulaiman, cucu Datuk Pahimin Rajab iaitu Kasih Iris Leona turut menulis satu coretan hati di atas pemergian atuknya itu. 

“Memang sedih, masa kami bersama dah pun berakhir. Jika dapat putarkan masa, saya mahu peluk Tok Pok dan ucapkan selamat tinggal.” 

“Jika ada peluang untuk bercakap, saya mahu katakan saya akan sentiasa bersyukur di atas semua perkara yang Tok Pok lakukan untuk saya. Amat bertuah dapat memiliki atuk seperti Tok Pok.” 

Datuk Pahamin Rajab seorang yang amat berjaya dalam kerjayanya. Antara yang paling diketahui ialah beliau merupakan bekas pengarah yang juga pengasas bersama syarikat penerbangan Air Asia. 

Ini antara perjalanan kerjayanya: 

1974 sehingga 1998, menjawat  jawatan sebagai Ketua Pengarah JPJ. 

Tahun 1998 sehingga 2001, dilantik menjadi Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. 

2001 sehingga 2008, menjadi pengerusi kepada syraikat Air Asia. 

Datuk Pahamin Rajab juga menjawat pelbagai jawatan penting dalam beberapa syarikat yang lain. 

Salam takziah buat ahli keluarga Datuk Pahamin Rajab.