Dia tak layak – Diana Danielle tentang pemilihan King Coco

5,116 views

Semalam tersebar berita tentang instafamous King Coco diangkat jadi wakil Srikandi untuk parti Bersatu bahagian Bagan Serai di Perak. Banyak komen yang bercampur baur tentang pemilihan wanita berkenaan. Rata-rata orang ramai di laman media social menyuarakan rasa kurang senang dengan pemilihan berkenaan kerana latar belakang serta isu yang pernah dibuat oleh King Coco sebelum ini yang jadi viral di Malaysia.

Malah, kes ini turut mendapat perhatian dari selebriti popular tanah air iaitu Diana Danielle. Menerusi laman Instagram miliknya, isteri kepada Farid Kamil ini memberitahu bahawa dia sekeluarga berasal dari Bukit Merah yang berada di bahagian Bagan Serai, Perak. Sebagai orang yang berasal dari sana, Diana Danielle mengatakan tak setuju dengan pelantikkan berkenaan.

Ini komen dari Diana Danielle: “Keluarga saya berasal dari Bukit Merah, dan saya amat kecewa dengan perlantikan yg tak ada kualiti seperti ini. Dia tidak layak. Janganlah nak menghancurkan harapan rakyat dgn satu pemilihan yg tak matang seperti ini. Harap maklum buat warga Bagan Serai.”

Pelakon ini turut berkongsi tentang harapan rakyat dan tanggungjawab sebagai seorang Wakil Rakyat yang sebelum ini telah ditulis oleh Prof Madya Dr Shamrahayu.

Dari petikan itu, kesimpulannya wakil rakyat adalah perlu dipilih dari kalangan yang benar-benar berkaliber sabagai suara rakyat. Individu iu sebaiknya dari seorang yang mampu galas amanah dan tanggungjawab yang besar selain jujur dan juga bijaksana.

Walaupun tidak menyebut nama King Coco secara terbuka, rata-rata mengandaikan Diana Daniella membuat caption berkenaan ditujukan tentang pemilihan King Coco di Bagan Serai.

Diimbas kembali, King Coco atau nama penuhnya, Marshaira Ismail, popular dengan video kononnya dia cakap pelat bagaikan mat saleh. Video berkenaan jadi viral dan nama King Coco terus popular sampaikan dijemput ke kaca TV. Rata-rata netizen ketika itu menyangkal dakwaan Coco kononnya dia ada darah campur atau mix. Wanita berumur 22 tahun ini telah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata.