Tom Hanks dan isteri disahkan positif Coronavirus

2,053 views

Ketika ini dunia sedang berjuang dengan Coronavirus atau Covid 19. Sememangnya virus ini begitu cepat tersebar dan telahpun dilabelkan sebagai pendemik oleh WHO. Kalau yang tak tahu, pendemik itu maksudnya penyakit telah tersebar ke serata dunia dengan kadar yang agak pantas. Antara negara paling terkesan ketika ini selain negara China, Iran dan Korea Selatan ialah negara eropah seperti Itali, Jerman, UK, France dan banyaklah lagi. Selain itu, Amerika Syarikat dan Australia turut mencatatkan peningkatan kes berkenaan.

Dalam perkembangan terkini, pelakon legenda Hollywood iaitu Tom Hanks, 63 tahun, telah membuat satu pengumuman rasmi bahawa diri nya kini telah disahkan positif mempunyai coronavirus. Pelakon Forrest Gump itu turut menyatakan bahawa isterinya, Rita Wilson turut disahkan positif coronavirus.

Tom Hanks dan isteri kini berada di Australia untuk jalani penggambaran filem di sekitar Gold Coast. Kemudian mereka berdua dapati ada symptom seperti penat, cold, sakit badan, dan demam.

Menyedari kini sedang tersebarnya coronavirus, Tom Hanks dan isterinya telah ke hospital untuk buat pemeriksaan dan juga ujian lanjut. Mereka berdua kemudian diberitahu bahawa ujian darah adalah positif untuk coronavirus.

Ketika ini Tom Hank dan isteri sedang jalani protocol kesihatan di Australia, seperti di kuarantin dan isolated serta akan jalani ujian yang lain. Perkara ini diumumkan di laman media sosial milik Tom Hanks sendiri. Jelasnya, sebarang maklumat lanjut akan diupdate oleh pasangan ini kelak.

Pelakon yang pernah menang anugerah Oscar ini sedang berada di Australia untuk jalani penggambaran filem Elvis Presley. Pihak produksi Warner Bros kini menyatakan kesihatan Tom Hanks dan isterinya merupakan keutamaan buat mereka ketika ini dan akan sentiasa memantau keadaan mereka berdua.

Negara Australia kini telah mencatatkan sebanyak 130 kes manakala di Amerika Syarikat kes positif dahpun mencatakan jumlah lebih dari 1200.