Sebagai salah seorang ikon dalam bidang seni dan juga perniagaan, Neelofa memang amat disegani ramai.
Memegang status antara individu paling berpengaruh di Malaysia, dan mempunyai follower antara teramai di Instagram, setiap kisah termasuk isu peribadi akan diburu orang ramai.
Kini umum dah tahu bahawa Neelofa dan Pu Riz sedang diuji, mereka ada sedikit isu melibatkan family.
Neelofa dah pun buat satu penjelasan di laman Instagram miliknya, menjelaskan beberapa perkara, terutama isu yang tak benar yang tersebar.
Namun status hubungan antara Neelofa dan Pu Riz masih lagi belum diketahui kerana katanya mereka sedang berbincang untuk cari penyelesaian.
Berkenaan isu ini, ramai yang buat andaian, teori dan ada yang menulis seakan mengaitkan Neeelofa sebagai individu yang ada sikap narcissistic.
Narcissistic ini adalah satu gangguan personality yang dialami oleh seseorang yang rasakan dirinya perlukan perhatian dan layanan istimewa. Ini definasinya.
Menerusi laman media, ada peminatnya yang bertanya, adakah Neelofa ada terasa hati dengan cakap-cakap orang lain terutama yang beri komen kurang elok seperti melabelnya narcissistic.
Neelofa menjawab dengan tenang saja dan berkata dia tak terasa pun. Baca komen Neelofa.
“Banyak masa terluang eh. Secara jujur, hampir setiap kali ada hal seperti ini, saya hanya akan ketawa saja ketika melalui sesuatu isu itu. Tak adanya saya nak ambil hati pun sebab hal itu tak betul, oleh itu kenapa saya perlu terasa hati. Dan kemudian, kita pun akan move on.”
Melihat di laman IG Story miliknya, Neelofa ada muatnaik tulisan ini: “Hati akan jadi lembut dan kushuk semasa kita melafazkan zikir.”
Dalam pada itu, ketika di tanya tentang komen dari individu yang melabelnya sebagai narsistik, kata pengurus kepada Neelofa, dia tak mahu ambil peduli dan malas nak layan tentang hal remeh seperti itu.
Apapun semoga Neelofa dan Pu Riz tabah hadapi dugaan yang hadir ini. Semoga semuanya akan selesai dengan baik.