Tinggalkan isteri untuk Sakinah, ini jawapan Michael Hansen

3,552 views

Kekasih hati kepada pelakon Sharifah Sakinah iaitu Michael Hansen akhirnya tampil beri komen setelah ada cerita mengatakan pelakon berkenaan menjadi punca perpisahannya dengan isterinya.

Michael Hansen mengatakan Sharifah Sakinah bukan penyebab rumah tangganya bergolak kerana dia dan isteri telah berpisah sebelum mengenali Sharifah Sakinah.

Kini Michael Hansen dan isterinya dikatakan dah pun berpisah secara rasmi. Ini penjelasan dari Michael Hansen tentang isu ini.

“Amat tak adil untuk buat tuduhan seperti ini kepada Sakinah. Ianya amat melulu dan tak ada usul periksa. Saya dan ex-wife telah berpisah selama setahun lebih”.

“Sudah tentu Sakinah bukanlah punca saya dan ex-wife berpisah. Hubungan kami telah berakhir lebih setahun, sebelum saya kenal dan jumpa dengan Sakinah lagi. Lagi pun, saya dan ex dah lama tak tinggal di bawah satu bumbung”.

“Kalau ikutkan hal ini dah selesai dan tak perlu diperkatakan lagi. Oleh sebab ada yang masih bercakap tentangnya, saya kena tampil membuktikannya”.

Michael Hansen kini berada di tanah airnya iaitu negara Sweden untuk meyambut Krismas bersama dua anak kandungnya hasil hubungan dengan bekas isteri.

Bercerita lanjut tentang Sharifah Sakinah, Michael mengatakan pelakon berkenaan seorang yang amat menakjubkan.

“Sakinah ni selain kelakar dan happy go lucky, dia ada hati yang baik. Tapi kita semua tahu perangai dia. Paling nyata, kami berdua pernah hadapi kegagalan rumah tangga. Kisah silam yang lepas ini kini kami harungi dengan penuh kesefahaman”.

“Kisah lama ini biarkanlah ianya terus berlalu pergi, tak perlu dikenang. Hal itu patut disimpan sebagai privasi yang kena hormati”.

Sebelum ini ada dakwaan mengataka Michael Hansen telah sanggup tinggalkan isteri dan dua anaknya sebab mahu mendampingi Sharifah Sakinah.

Kata Sahrifah Sakinah, dia pernah contact dengan bekas staff Michael Hansen kerana ahu tahu apa status Michael. Bagi Sakinah dia nak buktikan dirinya bukan ada caras suami orang.