Dr Erin dah block Dai Farhan, tak akan bagi jumpa baby

4,075 views

Bekas isteri kepada pendakwah bebas, Dai Farhan, iaitu Dr Erin telah buat satu lagi kenyataan yang mana dia akui selepas berpisah, dirinya dan Dai Farhan tak ada lagi berhubung walaupun ketika ini Dr Erin sedang hamil anak mereka berdua.

Dr Erin yang merupakan seorang ahli perniagaan, memberitahu, dia kini dah pun block nombor telefon Dai Farhan, dan memang tak mahu contact langsung.

Ini komen dari Dr Erin: “Saya memang telah block ustaz. Saya tak mahu ada contact lagi dengannya. Ini sama ada saya dihubungi mahu pun saya hubunginya, dah tak nak.

“Oleh kerana saya dah block nombornya, kini saya jadi lebih tenang. Kalaulah saya tak block, saya akan fikir macam-macam hal, fikiran saya akan jadi tidak tenang. Ketika ni saya gembira dengan kehidupan saya.

“Oleh itu, biar saya block dia terus. Memang saya dah tak nak dikaitkan dengan dirinya lagi”.

Berbicara tentang anak yang sedang dikandungkannya, Dr Erin mengatakan dia juga akan halang Dai Farhan dari berjumpa engan bayi berkenaan setelah dilahirkan nanti.

“Bekas suami ada cakap, kalau selepas je baby lahir, dia memang nak dating jumpa baby ni. Apabila dia yg cakap macam gitu, memang tidak lah saya nak bagi dia tengok baby ini”.

Selain itu, jelas Dr Erin, barang peribadi milik Dai Farhan masih lagi ada di rumahnya. Setelah keluar rumah, Dai Farhan telah pergi ke Kelantan, mungkin lepas habis PKP baru dia akan ambil semua barang berkenaan.

Dr Erin meminta orang ramai jangan kaitkan dirinya dengan Dai Farhan selepas ini dan memberitahu dirinya bukan selebriti mahupun sesiapapun.

Diimbas kembali, Dr Erin dan Dai Farhan telah disatukan di Mekah dan ianya jadi viral serta buah mulut orang ramai. Antara ayat paling popular adalah ketika Dai Farhan mengatakan aura Dr Erin amat hebat.

Namun setelah enam bulan berkahwin, pasangan ini akhirnya berpisah dan Dr Erin kini sedang mengandung anak mereka. Dijangkakan Dr Erin akan bersalin pada awal tahun depan.