DS Vida berdebar berlakon dengan Iqbal, Iqbal pula persoal adakah benar Vida tak tahu

1,651 views

Kisah antara dua ahli perniagaan berstatus selebriti iaitu Datuk Seri Vida dan Ahmad Iqbal Zulkefli kembali diperkatakan setelah mereka berdua ditemukan dalam satu penggambaran.

Mereka ebrsama berlakon sebuah filem baru-baru ini.

Jelas Datuk Seri Vida, dia tak tahu menanhu bahawa Iqbal turut seta dalam pembikinan filem bergenre seram berjudul Gui.

Vida memberitahu dia tetap kekal profesional semasa berlakon bersama kekasih hatinya itu dan akui tak tahu Iqbal pun terlibat sama.

“Saya hanya diberitahu ada penggambaran tetapi siapa pelakon, skrip atau dialog saya memang tak tahu. Dan bila sampai saja di lokasi, saya tengok dah ada Iqbal di situ sekali.”

“Mustahil saya nak buat hal, oleh itu saya bertindak profesional ketika berdepan dengan dia.”

Ibu kepada Cik B dan Kacak itu akui dah hilang kata-kata serta berdebar semasa jumpa Iqbal di lokasi penggambaran itu.

“Perasaan berdebar memang ada dan kami berdua tak bercakap banyak dan hanya buat hal masing-masing.”

“Saya ada gurau dan sempat tanya kenapa dia masih belum berkahwin lagi, sedang menunggu ke?”

Dalam pada itu, Iqbal juag akui dia pun sama tak tahu akan berlakon sama dengan Vida.

“Pertemuan ini adalah yang pertama selepas saling tak berhubung selama satu tahun lamanya. Kami memang betul-betul dah tak contact.”

“Dia juga tak ada bercakap dengan saya dan hanya bermain dan merakam video anak angkat saya saja. Tak ada pun nak bercakap dengan saya.”

Tentang soalan dari Vida, Iqbal kata dia memang sukar nak memilih calon isteri.

“Bukan senang nak cari pasangan yang betul-betul faham. Saya tak memilih sangat tapi kalau boleh nak wanita yang memudahkan semua urusan.”

“Tak ada syarat asalkan wanita itu tidak buat banyak drama dan karenahnya. Bagi saya macam tu pun dah cukup.”

Iqbal kata dia memang dah move on dari isu dengan Datuk Seri Vida.

“Saya dah lupakan segalanya dan memilih untuk meneruskan hidup. Saya memang tidak terfikir langsung lagi dah.”

“Tertanya juga adakah betul Vida tak tahu tentang penggambaran ini sebab saya lihat produknya ada bersama.”

Selain itu, filem Gui akan ditayangkan di saluran Astro First yang dilakonkan oleh Fauziah Nawi, Raden Era, Elly Mazlein, Bell Ngasri dan Azzad Jasmin, selain penampilan Datuk Seri Vida and juga Ahmad Iqbal.